06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

UCAPAN ALUAN PENGARAH ILP SELANDAR


Assalamualaikum w.b.t,

Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Web Rasmi ILP Selandar.

   Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar merupakan salah sebuah Institusi latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). ILP Selandar ditubuhkan pada 14 Mei 2004 dan dibina dibawah Rancangan Malaysia Ke 8 (RMK 8) di atas tanah seluas 55 ekar di Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka. ILP Selandar mampu menempatkan seramai 660 orang pelajar dan dianggotai oleh seramai 75 orang kakitangan.

   ILP Selandar dibina bagi memenuhi aspirasi negara dalam hasrat mencapai status negara perindustrian maju melalui latihan kemahiran TVET. Untuk itu, ILP Selandar berperanan sebagai penyedia latihan kemahiran kepada belia lepasan sekolah bagi melahirkan pekerja industri berkemahiran dalam pelbagai bidang utama seperti bidang Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Komputer (Rangkaian), Teknologi Komputer (Perisian dan Aplikasi Web) dan juga bidang Teknologi Minyak dan Gas (Lukisan Perpaipan) serta Teknologi Rekabentuk Produk Industri.. Di samping itu ILP Selandar juga merupakan pusat latihan kemahiran bagi pekerja industri yang ingin meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran (reskilling and upskilling) dalam bidang-bidang yang ditawarkan dalam Kursus Jangka Pendek (KJP). Tawaran KJP ini dibuka kepada agensi-agensi swasta dan kerajaan dalam pelbagai bidang latihan kemahiran yang berkaitan. ILP Selandar sentiasa komited dalam memenuhi kehendak pelanggan bagi memastikan latihan yang disediakan selaras dengan keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri berkaitan. Beberapa bentuk kerjasama dengan pihak industri dan agensi-agensi berkaitan dilaksanakan bagi memantapkan peranan ILP Selandar dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran dan program TVET di negara ini. Untuk makluman juga sejajar dengan bidang latihan pengkomputeran yang ditawarkan di ILP Selandar maka semua tenaga pengajar sentiasa berusaha untuk memperkasakan latihan kemahiran dalam program-program berkaitan Industri 4.0.

   Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di ILP Selandar untuk kegunaan semua warga ILP Selandar. Kemudahan yang disediakan ini diharapkan dapat membantu mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif untuk para pelajar.

   Saya amat mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung ke Laman Web ILP Selandar. Semoga semua maklumat yang disertakan dapat membantu para pengunjung untuk mengenali ILP Selandar dengan lebih dekat.

Sekian, Terima Kasih.

“One Team One Dream”

 

Wassallam,

Ts. ROSTAM BIN HASHIM

Pengarah Institut Latihan Perindustrian Selandar