06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

INFO KORPORAT


 

TENTANG
ILP SELANDAR

 

   Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar adalah sebuah Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). ILP Selandar telah ditubuhkan pada 14 Mei 2004 dan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK 8) atas tanah seluas 50 ekar di Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka. ILP Selandar mempunyai kapasiti untuk menempatkan 600 orang pelajar dan mempunyai seramai 76 orang staf.

   Penubuhan ILP Selandar adalah bagi memenuhi aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020 serta untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020.

   Sejajar dengan matlamat tersebut, ILP Selandar memberi tumpuan kepada latihan kemahiran dalam 2 bidang kursus iaitu Teknologi Maklumat dan Mekanikal. Antara kursus yang ditawarkan termasuklah Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Komputer (Rangkaian), Teknologi Perisian (Pembangunan Aplikasi Web), CADD Mekanikal (Lukisan Perpaipan) dan Teknologi Rekabentuk Produk Industri.

 

VISI
Menjadi organisasi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing.

 

MISI
Melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing.
 
OBJEKTIF
  1. Melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi sektor perindustrian.
  2. Meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
  3. Memudahkan para lepasan sekolah mendapat pekerjaan melalui latihan kemahiran perindustrian yang sistematik.