TEKNOLOGI KOMPUTER (SISTEM)


MAKLUMAT AM


Ingin memasang sendiri komputer  @ membaiki komputer rosak?

Itulah KEPAKARAN kami. 

Jom ke bengkel kami bagi memasang sendiri semua peralatan seperti Mother Board, Hard Disk, RAM & lain-lain menjadi sebuah komputer yang lengkap. Bukan itu sahaja, pelatih juga diajar cara instalasi perisian  seperti  Windows mahupun LINUX serta penyelenggaraan komputer, baik pulih komputer, pemasangan sistem rangkaian komputer, pembangunan laman web dan pemasangan perisian sistem untuk pelayan(server).

SYARAT KEMASUKAN

 Kelayakan

 

-       Minima SPM (LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan 1 Subjek Lain)

-       Warganegara Malaysia

-       Umur 17 tahun ke atas

 

JANGKA MASA KURSUS

 Jangka masa kursus

 

-       1 tahun 9 bulan (21 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)

 

PELUANG KERJAYA

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Adtec ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Teknologi Komputer Sistem:

-       JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER

-       JURUTEKNIK PENYELENGGARAAN KOMPUTER

-       JURUTEKNIK RANGKAIAN KOMPUTER

-       JURUTEKNIK MEMBAIKI TELEFON PINTAR

-       PENYELIA SISTEM KOMPUTER

-       PENTADBIR SISTEM KOMPUTER

-       PENTADBIR RANGKAIAN KOMPUTER

-       PEREKABENTUK LAMAN WEB

MODUL PEMBELAJARAN

Program latihan kemahiran di ILP Selandar telah mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) dalam mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Setiap modul pembelajaran digubal bagi memastikan pelatih dapat menjalani latihan kemahiran secara berkesan dan sistematik. Disamping itu pelbagai kemudahan disediakan seperti bilik kuliah berhawa dingin, Makmal Komputer, Makmal Kejuruteraan dan Bengkel Kejuruteraan bagi menjamin proses pembelajaran yang kondusif. Ini terbukti apabila program ini mendapat Penarafan 5 Bintang semasa Lawatan Pemeriksaan Pusat Bertauliah yang dijalankan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3
Office Aplication Computer Maintenance Server Essential
Basic Electronic Computer Troubleshooting Server Maintenance
Computer Assembly WEB Development Mobile Device Configuration
Computer Software Installation Network Structured Cabling Organisational Management
Network Fundamental Mathematics 2 Computer And Network Security
Mathematics 1 Physics 2 Mathematics 3
Physics 1 Pengajian Islam 2 / Moral 2 Physics 3
Pengajian Islam 1 / Moral 1 Technical English 2 Pengajian Islam 3 / Moral 3
Technical English 1 Ko-Kurikulum NCS (Core Abilities)
Ko-Kurikulum NCS (Core Abilities)  
NCS (Core Abilities)    

{/s​liders}