06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

TEKNOLOGI MINYAK & GAS (LUKISAN PERPAIPAN)


MAKLUMAT AM


Idea dan Inovasi...

kami PENGHUBUNGNYA.

Idea hanya menjadi angan-angan kosong jika disimpan. Di sini, IDEA dikembangkan melalui sistem latihan yang sistematik serta menggunakan unsur rekebentuk dalam menghasilkan lakaran idea dan persembahan yang berkesan dan mantap.

Pendedahan secara Teori dan Amali sentiasa diberikan bagi menghasilkan rekabentuk yang mampu menggabungkan fungsi dan estetika serta kaedah penyelesaian masalah rekabentuk secara kreatif dan sistematik.

Pelajar-pelajar dilatih menggunakan aplikasi seperti AutoCAD dan Autodesk Inventor serta perisian multimedia seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.

SYARAT KEMASUKAN

 Kelayakan

 

-       Minima SPM (LULUS Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah dan 1 Subjek Lain)

-       Warganegara Malaysia

-       Umur 17 tahun ke atas

 

JANGKA MASA KURSUS

 Jangka masa kursus

 

-       SIJIL : 1 tahun 9 bulan (21 bulan) termasuk Latihan Industri (di syarikat atau agensi berkaitan)

 

PELUANG KERJAYA

Pelajar yang telah tamat latihan boleh memohon untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Adtec ataupun mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Pelajar juga boleh menceburi bidang pekerjaan di sektor swasta mahupun awam kerana Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Berikut antara peluang kerjaya bagi pelajar Teknologi Rekabentuk Produk Industri:

-       PEREKABENTUK PRODUK INDUSTRI (DESIGNER)

-       PELUKIS PELAN (DRAUGHTER)

-       PEMBUAT MODEL (MODEL MAKER)

MODUL PEMBELAJARAN

Program latihan kemahiran di ILP Selandar telah mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran(JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) dalam mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).

Setiap modul pembelajaran digubal bagi memastikan pelatih dapat menjalani latihan kemahiran secara berkesan dan sistematik. Disamping itu pelbagai kemudahan disediakan seperti bilik kuliah berhawa dingin, Makmal Komputer, Makmal Kejuruteraan dan Bengkel Kejuruteraan bagi menjamin proses pembelajaran yang kondusif. Ini terbukti apabila program ini mendapat Penarafan 5 Bintang semasa Lawatan Pemeriksaan Pusat Bertauliah yang dijalankan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

SEMESTER 1 SEMESTER 2 SEMESTER 3
Sketching Concept Product Inspection Graphic Design
Fundamental Engineering Drawing 3D Modeling Product Development Data Management
Working Drawing Rapid Prototyping Project Presentation
Mock-Up Development Advance Model Making Industrial Product Design Project
Model Making Supervisory 1 Supervisory 2
Computer Application e-Entrepreneurship Engineering Science
Co-Curiculum 1 Co-Curiculum 2 Hak Pekerja
Mathematic 1 Mathematic 2 Mathematic 3
Physics 1 Physics 2 Islamic Studies 3
Islamic Studies 1 Islamic Studies 2 Moral Studies 3
Technical English 1 Technical English 2  
 

{/s​liders}