06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

PENCAPAIAN ILP SELANDAR


CREATIVITY & INNOVATIVE TECHNOLOGY COMPETITION (CITEC 2024)

⁣Jutaan tahniah diucapkan buat Bahagian Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan) ILP Selandar di atas kejayaan dalam Pertandingan Kreativiti & Inovasi 2024 (CITEC 2024) anjuran Jabatan Tenaga Manusia.⁣

ILP Selandar telah merangkul pingat perak bagi projek Magnificent Forearm.

Tahniah diucapkan kepada para peserta. Semoga kemenangan yang dirai dapat menyuntik semangat untuk terus berinovasi dan memberi manfaat kepada masyarakat⁣

UNIKL INTERNATIONAL ROBATTLE COMPETITION 2023

𝗨𝗻𝗶𝗞𝗟 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗥𝗼𝗯𝗮𝘁𝗹𝗹𝗲 𝗖𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯, 𝗨𝗻𝗶𝗞𝗟 𝗠𝗙𝗜, 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗶
 
𝗧𝗛𝗘 𝗥𝗜𝗦𝗘 𝗢𝗙 𝗩𝗔𝗡𝗤𝗨𝗜𝗦𝗛𝗘𝗥𝗦
 
10 - 12 Disember 2023 - ILP Selandar membuat penampilan semula di dalam 𝗨𝗻𝗶𝗞𝗟 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗥𝗼𝗯𝗮𝘁𝘁𝗹𝗲 𝗖𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟯 Penyertaan bagi kategori 𝗟𝗶𝗻𝗲 𝗙𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄𝗶𝗻𝗴 𝗥𝗼𝗯𝗼𝘁 telah menampilkan sebanyak 36 pasukan yang merangkumi penyertaan dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta, sekolah serta penyertaan antarabangsa dari negara Indonesia dan juga Iran. ILP Selandar berjaya mara ke peringkat 𝗦𝗲𝗽𝗮𝗿𝘂𝗵 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 bagi kategori 𝗟𝗜𝗙𝗢 (𝗢𝗽𝗲𝗻) manakala kolaborasi di antara ILP Selandar dengan SMK Selandar telah membawa kejayaan sehingga berjaya merebut tempat 𝟮𝗻𝗱 𝗥𝘂𝗻𝗻𝗲𝗿 𝗨𝗽 bagi kategori LIFO (School).
 

PERTANDINGAN BALIK PULAU NATIONAL INNOVATION COMPETITION (BPNIC2023)

𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗡𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗜𝗻𝗻𝗼𝘃𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗖𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗶𝘁𝗶𝗼𝗻) 𝗕𝗣𝗡𝗜𝗖𝟮𝟬𝟮𝟯

Syabas dan tahniah buat pasukan THYNK dari ILP Selandar yang telah memenangi pingat gangsa dalam Pertandingan Balik Pulau National Innovation Competition BPNIC2023.

Nama projek : 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗘𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 (𝗦𝗣𝗘𝗣)

Barisan pereka inovasi terdiri daripada:

1) Nazry Bin Yusof (Penyelia)
2) Nurul Anis Binti Faqaruzy (Pelajar)
3) Nur Adila Natasha Binti Rosli (Pelajar)
4) Muhammad Aizat Akmal Bin Yunus (Pelajar)
5) Yap Man Chun (Pelajar)

Semoga kejayaan kali ini memberi inspirasi dalam menjadi generasi penuh inovasi yang membangun Malaysia Madani.

PERTANDINGAN INNOVATION DEVELOPMENT THROUGH EDUCATIONAL ACTIVITIES (IDEA'23)

𝗜𝗡𝗡𝗢𝗩𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝗗𝗘𝗩𝗘𝗟𝗢𝗣𝗠𝗘𝗡𝗧 𝗧𝗛𝗥𝗢𝗨𝗚𝗛 𝗘𝗗𝗨𝗖𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟 𝗔𝗖𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜𝗘𝗦 (𝗜𝗗𝗘𝗔'𝟮𝟯) 𝗮𝗻𝗷𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗗𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮

Syabas dan tahniah buat barisan warga ILP Selandar yang telah menyertai pertandingan Innovation Development Through Educational Activities (IDEA'23)

Senarai projek inovasi yang telah mewakili ILP Selandar terdiri daripada :

1) NextCloud (Pingat Perak)
2) Sistem E-Audit EkSA (Pingat Perak)
3) PC Power Supply Tester (Pingat Perak)
4) Sistem Pengurusan Elaun Pelajar (Pingat Perak)
5) Rustain-X (Pingat Gangsa)

Semoga pencapaian warga ILP Selandar menjadi sumber inspirasi inovasi yang meneraju pembangunan Malaysia Madani

PERTANDINGAN REKA BENTUK INOVASI NASIONAL (PRIN 2023)

Syabas buat pasukan 𝗘𝗱𝘂𝘁𝗲𝗰𝗵 𝗟𝗼𝗴𝘆𝘀 dibawah teraju Encik Mohamed Helmi bin Mohamed Aris atas rangkulan pingat gangsa dalam 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗸𝗮 𝗖𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗡𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟯 (𝗣𝗥𝗜𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯).

Membawa inovasi 𝗣𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁 𝗘𝗱𝘂 (𝗲-𝗟𝗲𝗮𝗿𝗻𝗶𝗻𝗴), projek ini berpontensi untuk diketengahkan serta menjadi inspirasi untuk peneraju pembangun Malaysia Madani.

2TH LABUAN INNOVATION & CREATIVITY EXHIBITION (LIACE 2023)

𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗗𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗡𝗢𝗩𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 & 𝗖𝗥𝗘𝗔𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗬, 𝗘𝗫𝗛𝗜𝗕𝗜𝗧𝗜𝗢𝗡 (𝗟𝗜𝗔𝗖𝗘'𝟮𝟯) 𝗜𝗟𝗣 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟯

13 Oktober 2023 - Pertandingan kali ke-2 anjuran ILP Labuan telah menarik sebanyak 38 penyertaan dan anugerah pingat emas telah diungguli oleh wakil ILP Selandar iaitu Kumpulan TECHNOCRATs

Jutaan tahniah diucapkan kepada pasukan ILP Selandar dibawah teraju utama pereka Encik Muhammad Zulfadhli bin Abd Rahim bersama-sama barisan para pereka hebat iaitu Encik Zakaria bin Hamzah, Encik Amar Shah bin Omar, Encik Nazry bin Yusof serta Encik Mohd Khairul Azmi bin Shafian.

Pingat Emas dianugerahkan bagi penghasilan projek inovasi bertajuk "CENTRELIZED TEMPERATURE AND HUMIDITY MONITORING SYSTEM FOR SERVER RACK (CTeHMS)" yang mana membantu pemantauan suhu serta kelembapan bilik pelayan (server room) dan pusat data (data centre). Ia juga mudah diakses dengan menggunakan peranti mudah alih dimana-mana sahaja.

Syabas dan tahniah kepada para pereka cipta. Semoga kejayaan kali ini menjadi aspirasi kejayaan buat warga ILP Selandar dalam mencipta inovasi yang membangun Malaysia Madani.

PERTANDINGAN INOVASI PENSYARAH TVET 2023 (PERISA'23)

"𝘛𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘔𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘔𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘔𝘢𝘯𝘧𝘢𝘢𝘵 𝘒𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘋𝘶𝘯𝘪𝘢"

Jutaan Tahniah kepada wakil ILP Selandar iaitu En. Mohd Hamdan B Ibrahim, Tn. Hj. Yazmin B Yaakob dan Pn Norlinnor Bt Baharudin atas rangkulan pingat perak bagi Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET 2023 (PERISA'23) Peringkat Kebangsaan.

Projek yang telah dipertandingkan adalah projek Magnificient Forearm yang dilihat mampu menyumbang kepada industri serta kemahiran tenaga manusia.

Dengan kejayaan ini, diharap agar menjadi sandaran buat para pengajar dalam membentuk inovasi yang menjadi inspirasi masyarakat madani.

PERTANDINGAN HACKATHON (SISTEM PENGURUSAN PELAJAR) DAN CAPTURE THE FLAG SEMPENA MINGGU KESELAMATAN SIBER 2023

Pertandingan "Hackathon" dan "Capture The Flag" sempena Minggu Keselamatan Siber 2023 Anjuran ILP Kuala Langat
 
Pada 5 hingga 7 September 2023 , ILP Selandar telah menyertai Pertandingan "Hackathon" dan "Capture The Flag" sempena Minggu Keselamatan Siber 2023 Anjuran ILP Kuala Langat. ILP Selandar telah menghantar 2 orang wakil untuk pertandingan Hackathon dan 2 orang wakil Capture The Flag yang telah memberi saingan sengit dalam pertandingan tersebut.
 
Pasukan dari ILP Selandar telah mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Hackathon (Sistem Pengurusan Pelajar) yang berlangsung selama 24 Jam.
Tahniah kepada semua yang berjaya. Semoga segala pengalaman berharga yang dikutip sepanjang perjalanan ke pertandingan ini, dapat dimanfaatkan sepenuhnya
 

34th INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITION (ITEX 2023)

ITEX2023

11 - 12 Mei 2023 - Jutaan tahniah diucapkan buat Team Inovasi ILP Selandar di atas kejayaan dalam 𝟑𝟒𝐭𝐡 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 & 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐄𝐱𝐡𝐢𝐛𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐈𝐓𝐄𝐗 𝟐𝟎𝟐𝟑) di 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐊𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 (𝐊𝐋𝐂𝐂) pada 11-12 Mei 2023

Sebanyak 700 projek inovasi dari seluruh dunia telah dipertandingkan serta melibatkan sebanyak 140 penyertaan tempatan.
 
ILP Selandar telah berjaya membawa pulang 𝗽𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸 bagi projek 𝗦𝗺𝗮𝗿𝘁 𝗔𝘁𝘁𝗲𝗻𝗱𝗮𝗻𝗰𝗲 𝘄𝗶𝘁𝗵 𝗧𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗲 𝗦𝗰𝗿𝗲𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗦𝘆𝘀𝘁𝗲𝗺 (𝗦𝗔𝗧𝗘𝗠𝟮𝗦) di pertandingan inovasi peringkat antarabangsa tersebut.
 
Semoga kemenangan yang dirai dapat menyuntik semangat untuk terus berinovasi dan memberi manfaat kepada masyarakat.

 

PERTANDINGAN KREATIVITI & INOVASI 2023 (CITEC 2023) ANJURAN JABATAN TENAGA MANUSIA

CITEX2023

2 Mac 2023 - Jutaan tahniah diucapkan buat Team Inovasi ILP Selandar di atas kejayaan dalam Pertandingan Kreativiti & Inovasi 2023 (CITEC 2023) anjuran Jabatan Tenaga Manusia.⁣

⁣Sebanyak 71 penyertaan bagi 4 bidang yang dipertandingkan dan ILP Selandar telah merangkul pingat emas bagi projek SATEMS2S manakala pingat perak bagi projek DABoT. ⁣
Tahniah diucapkan kepada para peserta. Semoga kemenangan yang dirai dapat menyuntik semangat untuk terus berinovasi dan memberi manfaat kepada masyarakat⁣

THE INTERNATIONAL VIRTUAL EDUCATIONAL INVENTION, INNOVATION, AND DESIGN COMPETITION 2022 (iVEDIIC2022)

17 November 2022 - Pasukan Inovasi ILP Selandar yang terdiri daripada Gabungan Pengajar dan Pelajar dari Bengkel Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) telah dinobatkan sebagai pemenang GOLD AWARD bagi Kategori Produk Pitching di dalam The International Virtual Educational Invention, Innovation, and Design Competition 2022 (iVEDIIC2022)

Wakil ILP Selandar ini dinobatkan sebagai pemenang Emas melalui hasil Projek “ILPS Centralized Temperature & Humidity Monitoring System for Server Rack (CTeHMS)”

iVEDIIC2022 kali ini adalah dibawah penganjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia yang merupakan platform untuk mempamerkan idea, reka bentuk, ciptaan atau inovasi serta keupayaan peserta yang terdiri daripada kalangan pencipta, pensyarah dan pelajar dalam mencipta dan menginovasi teknologi baharu untuk pekerjaan dan daya saing masa hadapan.

Barisan pensyarah dan pelajar yang terlibat di dalam penghasilan projek ini ialah En. Muhammad Nur Zulfadhli Bin Abd Rahim, En. Nazry Bin Yusof, Saudara Sri Sarvinraj A/L Sri Vijayan, Saudari Nur Fatin Binti Mohd Zalizan, Saudari Nur'ain Syazwani Binti Zamzury dan Saudara Muhammad Hafizhan Bin Hamzah

Tahniah diucapkan buat semua yang telah menjayakan projek ini.⁣ Semoga kejayaan ini menjadi penyuntik semangat kepada semua dalam inovasi yang memberi manfaat kepada global.

INTERNATIONAL SARAWAK INNOVATION TECHNOLOGY EXPOSITION 3.0 (I- SAINTEX 3.0)

6 Disember 2021 - Projek Inovasi ILP Selandar "SATEM2S" berjaya memenangi PINGAT EMAS berserta wang tunai RM 3000 di International Sarawak Innovation Technology Exposition 3.0 (i- Saintex 3.0)

INNOVATIVE RESEARCH INVENTION & APPLICATION EXHIBITION 2021 ANJURAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

5 Julai 2021 - Team Inovasi ILP Selandar telah berjaya mendapat GOLD Award & Bronze Award dalam Innovative Research Invention & Application Exhibition 2021 anjuran Universiti Utara Malaysia

 

INTERNATIONAL INNOVATION ARSVOT MALAYSIA 2021 (IAM 2021)

10 April 2021 - TAHNIAH diucapkan kepada Team Inovasi ILP Selandar yang telah memenangi GOLD AWARD di International Innovation Arsvot Malaysia 2021 (IAM 2021) melalui Projek “Smart Attendance with Temperature Screening System (SATEM2S)”. Projek yang sama turut merangkul BEST VISUAL AWARD.

International Innovation Arsvot Malaysia 2021 (IAM 2021) merupakan pertandingan inovasi Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Persatuan Penyelidik Latihan Kemahiran dan Vokasional yang melibatkan penyertaan dari Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Terdapat sebanyak 359 penyertaan bagi acara Pertandingan Inovasi dan 70 penyertaan bagi acara Persidangan.

Pensyarah yang terlibat dalam projek ini ialah Pn. Haizan Binti Hussein, En. Mohd Saimi Bin Md. Yatim, En. Amar Shah Bin Omar & En. Nazry Bin Yusof.

PERTANDINGAN CITEC PERINGKAT KEBANGSAAN


PINGAT GANGSA - PROJEK SISTEM ADU (ADUAN ASRAMA)
 

PINGAT GANGSA - PROJEK 5S SMART AUDIT
 

PINGAT GANGSA - PROJEK E-PENGURUSAN MAKLUMAT
 

PINGAT GANGSA - PROJEK SISTEM E-CAFÉ AUDIT

TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN FIESTA ROBOT EDU PERINGKAT ILJTM

 

PENARAFAN 5 BINTANG DARI JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

Institut Latihan Perindustrian Selandar merupakan salah satu Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dibawah Jabatan Tenaga Manusia memperolehi Penarafan 5 Bintang bagi Program Bertauliah seperti berikut:

PROGRAM BERTAULIAH YANG MENDAPAT PENARAFAN 5 BINTANG

Juruteknik Kanan Rekabentuk Produk Industri Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal Juruteknik Rekabentuk Produk Industri
Pelukis Pelan Kanan Kejuruteraan Mekanikal Juruteknik Rangkaian Komputer Pembangunan Aplikasi-Pengaturcara
Pembantu Juruteknik Rangkaian Komputer
Pembangunan Aplikasi-Pengaturcara Utama
Pembantu Juruteknik Sistem Komputer
Artis Multimedia-Pengarangan
Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
Perekabentuk Multimedia-Pengarangan
 
Jabatan Pembangunan Kemahiran bertanggungjawab dalam melaksanakan Lawatan Pemeriksaan Pusat Bertauliah Di Bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (AKTA 652) Penarafan Bintang Pusat Bertauliah Tahun 2013.  Lawatan ini bertujuan untuk memeriksa dan menilai pusat bertauliah  seterusnya memberi penarafan bintang ke atas program bertauliah mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan jabatan. 

Penilaian melibatkan aspek pengurusan Pusat Bertauliah, pengendalian latihan, penyediaan peralatan latihan, kelayakan tenaga pengajar, kerjasama industri, keutamaan keselamatan dan kebersihan, kebolehkerjaan graduan dan banyak lagi. Penarafan diberikan kepada Pusat bertauliah mengikut skala yang telah ditetapkan. Markah Keseluruhan 90 keatas (Cemerlang-5 Bintang),  markah 75 - 89 (Sangat Baik-4 bintang), markah 60 - 74 (Baik-3 bintang), markah 46 - 59 (Memuaskan-2 bintang) dan markah 45 kebawah (Lemah-1 bintang).

PERSIJILAN 55

Institut Latihan Perindustrian Selandar telah berjaya memperolehi Persijilan Persekitaran Berkualiti dari pihak Malaysia Productivity Cooperation (MPC).

Since 18 Julai 2012 - Certification No.: AC 2866

STANDARD PIAWAI MS ISO 9001:2008

ILP Selandar telah dianugerahkah Standard Piawai MS ISO 9001:2008

Skop Persijilan Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal

 

{/s​liders}