06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

MELAKA INVITATION SLOWPITCH SOFTBALL TOURNAMENT 2024 ILP SELANDAR

4-5 Mei 2024 – Buat julung kalinya, lokasi padang ILP Selandar telah menjadi saksi akan Kejohanan Softball Jemputan Melaka 2024. Seramai 10 pasukan diantaranya pasukan Melttec, Wipers Softball, Thunders, Invoker Hawks, MSP-X, Blackrose, Hulalala, Niner's, Warriors, dan Putracyber telah menyertai kejohanan ini.
 
Kejohanan ini turut dianjurkan bersama oleh Persatuan Sofbol Amatur Melaka dengan sokongan penaja utama MAH GROUP TRADING, Vipers Bee dan mantan Pengarah ILP Selandar Ts. Dr. Hj Sabri Zainuddin.
 
Tuan Pengarah ILP Selandar, Ts. Rostam Hashim juga memberikan sokongan penuh dan kebenaran bagi penganjuran kejohanan ini. Terima kasih diucapkan kepada barisan AJK Teknikal dari kalangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ILP Selandar yang turut memberikan komitmen sepenuhnya membantu bagi menjayakan kejohana ini.
 
Kejohanan ini pastinya akan menjadi satu acara yang mencabar dan bermakna buat semua yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong kejohanan ini.