06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

PERBINCANGAN KERJASAMA PROGRAM TVET TAHFIZ ANTARA MADRASAH AL QURRA' ALOR GAJAH BERSAMA ILP SELANDAR

25 Januari 2024 – ILP Selandar telah mengadakan Perbincangan Kerjasama Program TVET Tahfiz bersama Pengerusi Madrasah Al-Qurra’ Alor Gajah, Ustaz Yazid bin Haji Musa bagi membincangkan pelaksanaan TVET Tahfiz di ILP Selandar.
 
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah ILP Selandar, Ts. Rostam bin Hashim yang turut dihadiri oleh Pengurusan Bahagian Batihan dan Operasi institut. Diharapkan kolaborasi ini berjaya direalisasikan agar dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya dalam memacu pembangunan tenaga mahir dikalangan Tahfiz untuk kemajuan negara.