06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

PERHIMPUNAN PELAJAR BERSAMA PENGARAH ILP SELANDAR 2023

07 November 2023 – Sebuah majlis perhimpunan telah diadakan di ILP Selandar yang melibatkan Tuan Pengarah, Ts. Dr. Hj. Sabri bin Zainuddin bersama para pelajar. Majlis ini menjadi perhimpunan terakhir beliau sebelum bersara pada usia 60 tahun.

Dalam ucapan terakhirnya di hadapan para pelajar, Tuan Pengarah mendoakan agar para pelajar sentiasa cemerlang dalam aspek sahsiah dan akademik. Selain itu, beliau juga menggalakkan para pelajar untuk bersemangat dalam mengharumkan nama institut dan menjaga nama baik ILP Selandar.
 
Majlis perhimpunan ini turut disertai dengan beberapa persembahan yang hebat dari para pelajar sebagai memori terindah bersama Tuan Pengarah ILP Selandar. Selain itu, sesi penyampaian penghargaan juga diadakan untuk menghargai para pelajar dan pengajar yang telah menyertai pelbagai pertandingan kemahiran dan inovasi sepanjang Sesi 2/2023.
 
Kami ingin mengucapkan selamat bersara kepada Tuan Pengarah atas sumbangan beliau selama ini di ILP Selandar. Terima kasih kerana telah menjadi sebahagian daripada rentetan sejarah kehidupan kami di sini. Semoga Tuan Pengarah berjaya dalam segala urusan masa depan beliau.