06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH ILP SELANDAR KE SEKOLAH MENENGAH ARAB JAIM ASSYAKIRIN SELANDAR, JASIN MELAKA

25 Januari 2024 – Kunjungan hormat Pengarah ILP Selandar, Ts. Rostam Bin Hashim diteruskan lagi pada hari ketiga ke Sekolah Menengah Arab JAIM Assyakirin Selandar, Jasin Melaka dengan tujuan berkenalan bersama Pengetua Sekolah bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kerjasama.
 
Pengetua Sekolah Menengah Arab JAIM Selandar, Ustaz Zainurin bin Md Yasin telah menyambut baik kedatangan tuan pengarah dan mengadakan perbincangan kerjasama berkaitan latihan kemahiran dan pelaksanaan TVET Tahfiz.