06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024 KETUA PENGARAH JABATAN TENAGA MANUSIA

19 JANUARI 2024 - Dalam satu ucapan yang penuh semangat, Ketua Pengarah JTM, Tuan Syakib bin Ahmad Syakir telah menyampaikan amanat penting kepada warga kerja ILP Selandar. Beliau menekankan tentang penerapan Konsep 5K iaitu Komunikasi, Kesinambungan, Ketelusan Tata Kerja, dan Ketangkasan sebagai panduan dalam menjalankan tugas harian.
 
Selain itu, konsep AES (Awareness Educate Services) juga turut ditekankan untuk membentuk sebuah organisasi yang mapan dan menjadi peneraju dalam pembangunan sumber manusia yang berkualiti.
 
Turut disampaikan adalah pelancaran tagline baharu JTM iaitu "Empowering Skills, Igniting Futures" yang memberi makna tentang memperkasa kemahiran untuk menyemarakkan masa hadapan. Diharapkan dengan amanat tersebut, warga kerja ILP Selandar dapat terus maju jaya dan cemerlang dalam tahun 2024 ini.