06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

LAWATAN KHIDMAT NASIHAT DAN PERUNDINGAN PNM KE PERPUSTAKAAN ILP SELANDAR

27 Februari 2024 – Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah mengadakan lawatan khidmat nasihat dan perundingan ke perpustakaan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar. Lawatan ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab PNM dalam pembangunan dan perkembangan perpustakaan di seluruh negara.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Lawatan ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai PNM yang terdiri daripada Puan Khairul Asma binti Ghani, Puan Nur Zuhaida Izwani binti Zambri, dan Puan Sanisah binti Baharudin. ⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan khidmat nasihat dan perundingan kepada pihak pengurusan ILP Selandar berkaitan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan perpustakaan.⁣⁣⁣
⁣⁣⁣
Terima kasih diucapkan kepada pihak PNM atas perkongsian yang telah diberikan. ⁣⁣⁣