06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH ILP SELANDAR KE PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JASIN, MELAKA

31 Januari 2024 – Kunjungan hormat Pengarah ILP Selandar, Ts. Rostam Bin Hashim ke Pejabat Pendidikan Daerah Jasin Melaka dengan tujuan berkenalan bersama Pegawai Pendidikan Daerah bagi mengeratkan silaturahim dan hubungan kerjasama.
 
Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Mohd Yusof Bin Said telah menyambut baik kedatangan tuan pengarah dan mengadakan perbincangan berhubung peluang untuk menjalani latihan kemahiran TVET untuk pelajar lepasan SPM dan latihan program robotik untuk pelajar-pelajar sekolah khususnya untuk pelajar sekolah daerah Jasin, Melaka.