06 - 530 3000      ilpselandar@jtm.gov.my      Isnin - Jumaat (8.00 am - 5.00 pm)
 

BERITA SEMASA


 

PROGRAM TAKLIMAT ANTI DADAH DAN SARINGAN UJIAN AIR KENCING (URINE TEST) PELAJAR ILP SELANDAR BAGI SESI 2/2023

20 November 2023 - Program Taklimat Anti Dadah & Saringan Ujian Air Kencing (Urine Test) telah diadakan di ILP Selandar bagi sesi 2/2023 pada 20 November 2023. Bertempat di Dewan Auditorium ILPS, ceramah telah disampaikan oleh En Zabani Bin Lajim daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jasin.
 
Ceramah tersebut memberikan pengenalan kepada jenis-jenis dadah dan kesan sampingan pengambilan dadah secara berlebihan. Selain itu, ujian saringan air kencing (urine test) turut dijalankan melibatkan 212 orang pelajar ILP Selandar.
 
Program ini diharapkan dapat memberi gambaran jelas mengenai bahaya pengambilan dadah serta kesannya kepada keluarga, komuniti dan masyarakat. Kita harus bersama-sama memerangi penyalahgunaan dadah demi kebaikan dan keselamatan bersama.
 
Diharapkan dengan adanya Bengkel Mikrobotik Bitara Madani 2023 ini, para guru sekolah di daerah Jasin akan dapat meningkatkan kepakaran mereka dalam bidang robotik. Keupayaan mereka untuk mengendalikan mikrobotik dengan baik akan memberi impak positif kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah Jasin dan ILP Selandar atas inisiatif menganjurkan bengkel ini yang sangat bermanfaat kepada komuniti pendidikan.