28 Januari 2026 - Aktiviti Brisk Walk telah berjaya dianjurkan sebagai salah satu inisiatif bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus. Program ini bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah turut berperanan mengurangkan tekanan kerja di samping mewujudkan suasana kerja yang lebih positif.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua warga kampus yang telah meluangkan masa untuk turut serta. Semoga aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan kesihatan bersama.