Program Hari Bertemu Pelanggan Tahun 2026
Dengan segala hormatnya, kami ingin memaklumkan bahawa pada tahun 2026, ADTEC JTM Kampus Selandar akan menganjurkan Program Hari Berjumpa Pelanggan pada setiap bulan. Program ini diadakan khusus sebagai wadah komunikasi dua hala yang telus dan berterusan antara pihak pengurusan institusi bersama masyarakat, ibu bapa, pelajar, serta pemegang taruh industri.
Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada pelanggan kami berjumpa secara langsung dengan pihak pentadbiran ADTEC JTM Kampus Selandar bagi sebarang urusan pertanyaan, khidmat nasihat latihan kemahiran, mahupun bantuan yang diperlukan demi mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kami secara menyeluruh.
| STATUS | BULAN | TARIKH | HARI & MASA | TEMPAT / LOKASI |
|---|---|---|---|---|
| ✔ Selesai | JANUARI | 22.01.2026 | SETIAP HARI KHAMIS 9.00 Pagi – 12.00 Tghari | Kaunter Khidmat Pelanggan Lobi Pentadbiran ADTEC JTM Kampus Selandar |
| ✔ Selesai | FEBRUARI | 26.02.2026 | ||
| ✔ Selesai | MAC | 26.03.2026 | ||
| ✔ Selesai | APRIL | 23.04.2026 | ||
| ✔ Selesai | MEI | 28.05.2026 | ||
| ✔ Selesai | JUN | 25.06.2026 | ||
| ✔ Selesai | JULAI | 23.07.2026 | ||
| ✔ Selesai | OGOS | 27.08.2026 | ||
| ✔ Selesai | SEPTEMBER | 24.09.2026 | ||
| Akan Datang | OKTOBER | 22.10.2026 | ||
| Akan Datang | NOVEMBER | 26.11.2026 | ||
| Akan Datang | DISEMBER | 24.12.2026 |
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) • Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)