PENCAPAIAN TAHUN 2026
PELAJAR TEKNOLOGI KOMPUTER RANGKAIAN RANGKUL ANUGERAH PENYELESAIAN LESTARI TERBAIK DI PERKAYA LESTARI 2026

Tarikh: 6 Oktober 2026
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dari Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian (TKR), ADTEC JTM Kampus Selandar atas kejayaan cemerlang meraih Anugerah Penyelesaian Lestari Terbaik dalam Pertandingan Inovasi Berteraskan Kelestarian (PERKAYA LESTARI 2026) anjuran Politeknik Merlimau Melaka (PMM).
Pertandingan yang julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh Ts. Dr. Azlan Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, bertempat di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau Melaka.
Lebih membanggakan, pasukan ADTEC JTM Kampus Selandar yang bersaing dalam kategori Pertandingan Video Inovasi (Atas Talian) telah berjaya menonjolkan kreativiti serta daya saing tinggi dengan mengetepikan cabaran sengit daripada 87 pasukan yang bertanding.
Tahniah diucapkan kepada barisan pelajar:
1. 𝗡𝘂𝗿 𝗔𝗶𝗻 𝗦𝘆𝘂𝗵𝗮𝗱𝗮𝗵 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗮𝗵𝗺𝘂𝗱
2. 𝗦𝗶𝘁𝗶 𝗡𝘂𝗿 𝗔𝘁𝗵𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗡𝗮𝘁𝗮𝘀𝘆𝗮 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗙𝗮𝘇𝗹𝗶
3. 𝗡𝘂𝗿 𝗔𝗶𝘀𝘆𝗮 𝗤𝗵𝗮𝗹𝗲𝗲𝘀𝘆𝗮 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗔𝗶𝗺𝗶𝗲 𝗙𝗮𝗶𝘇𝗮𝗹
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga dirakamkan buat pengajar pembimbing, 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗻𝗶𝗹𝗮𝗺 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹, atas dedikasi dan bimbingan jitu sehingga membuahkan kejayaan yang cukup manis ini.
Semoga pencapaian ini terus menyuntik semangat dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga teknokrat ADTEC JTM Kampus Selandar untuk terus berinovasi dan mengharumkan nama institusi di persada TVET.

ANUGERAH PENGURUSAN CEMERLANG SUKSES 5.0 PERINGKAT KEBANGSAAN 2026

Tarikh: 30 September 2026
𝗔𝗗𝗧𝗘𝗖 𝗝𝗧𝗠 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 telah menerima 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗨𝗞𝗦𝗘𝗦 𝟱.𝟬 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲, anjuran 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗞𝗮𝘂𝗻𝘀𝗲𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 (𝗠𝗚𝗞𝗞) bertempat di The Light Hotel Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Penganugerahan ini disampaikan sempena Majlis Apresiasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan 2026, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan kecemerlangan pengurusan institusi dalam menyokong pembangunan sahsiah, kesejahteraan serta potensi kerjaya masa hadapan bagi pelajar sekolah.
Kejayaan ini merupakan bukti komitmen, dedikasi, dan kerja keras seluruh warga kerja ADTEC JTM Kampus Selandar dalam memacu kecemerlangan pengurusan serta kualiti perkhidmatan demi melahirkan modal insan TVET yang berdaya saing.
Jutaan terima kasih dan penghargaan setinggi-tingginya kepada pihak pengurusan, pegawai, serta seluruh staf yang sentiasa berdedikasi dan berterusan memberikan yang terbaik. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk kita terus melakar lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

TAHNIAH ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR RANGKU NAIB JOHAN JTM SKILLS 2026 BIDANG ICT

Tarikh: 21 - 22 September 2026

TAHNIAH & SYABAS BUAT PELAJAR ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR


Tarikh: 14 September 2026
PENARAFAN 5 BINTANG MALAYSIA TVET RATING (MTR) 2026

Tarikh: 28 Ogos 2026
Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga ADTEC JTM Kampus Selandar atas kejayaan merangkul penarafan 5 Bintang bagi Keputusan Malaysia TVET Rating (MTR) Tahun 2026 untuk tempoh dua tahun bermula 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.
Kejayaan ini adalah hasil usaha berterusan, komitmen tinggi, dan kerja keras semua pihak dalam memperkasakan kecemerlangan institusi. Penarafan ini merangkumi empat program utama iaitu:
• Operasi Sistem Komputer [IT-020-3:2013]
• Perkhidmatan Rangkaian Komputer [IT-030-3:2013]
• Pembangunan Produk Industri [MC-040-3:2013]
• Piping Drafting (Oil & Gas) [OG-022-3:2013]
Semoga pencapaian ini terus membakar semangat kita untuk terus maju, konsisten, dan komited dalam melahirkan graduan TVET yang berkaliber tinggi. Syabas dan tahniah sekali lagi buatADTEC JTM Kampus Selandar.
ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR JOHAN PERTANDINGAN VIDEO KEMERDEKAAN TVET JTM SEMPENA BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2026

Tarikh: 24 Ogos 2026
Bertempat di Dewan Setia Perkasa, Jabatan Tenaga Manusia, telah berlangsung perhimpunan bersama Ketua Pengarah baharu, YBhg. Dato' Hj. Mohamad Zahri Bin Hj. Samingon yang telah berkongsi konsep kebersamaan dalam organisasi, memberikan perkhidmatan yang terbaik serta sentiasa mengamalkan budaya hidup yang positif dalam memartabatkan budaya kerja yang mampan.
Turut meraikan kejayaan ADTEC JTM Kampus Selandar yang telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Penghasilan Video Kemerdekaan TVET JTM Sempena Bulan Kebangsaan Tahun 2026.
Tahniah dan syabas atas kemenangan yang dirangkul. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan video kreatif yang memacu kecemerlangan TVET Madani.



PERTANDINGAN KREATIVITI & INOVASI (CITEC) 2026

Tarikh: 12 Februari 2026
Lokasi: ADTEC JTM Kampus Taiping
"𝑀𝑎𝑠𝑎 𝑑𝑒𝑝𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢, 𝑖𝑎 𝑑𝑖𝑐𝑖𝑝𝑡𝑎. 𝑀𝑒𝑙𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎ℎ 𝑘𝑒 𝑝𝑒𝑛𝑡𝑎𝑠 𝐶𝐼𝑇𝐸𝐶 2026 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑑𝑎𝑟 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑛𝑦𝑒𝑟𝑡𝑎𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑛𝑑𝑖𝑛𝑔𝑎𝑛, 𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑤𝑎 𝑑𝑎𝑦𝑎 𝑘𝑟𝑒𝑎𝑡𝑖𝑣𝑖𝑡𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑜𝑣𝑎𝑠𝑖 𝑘𝑒 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎 𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎."
Sebagai sebahagian daripada misi "Melahirkan Huffaz Teknokrat", ADTEC JTM Kampus Selandar sekali lagi mengharumkan nama atas kecemerlangan di 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗿𝗲𝗮𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 & 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 (𝗖𝗜𝗧𝗘𝗖) 𝟮𝟬𝟮𝟲 yang berlangsung di ADTEC JTM Kampus Taiping.
ADTEC JTM Kampus Selandar telah merangkul anugerah bagi hasil inovasi berikut:
1) 𝗛𝗨𝗙𝗙𝗔𝗭𝗕𝗢𝗧 -Bengkel Teknologi Multimedia Interaktif (𝗣𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗘𝗺𝗮𝘀)
2) 𝗚𝗨𝗔𝗥𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗕𝗬 - Bengkel Teknologi Minyak & Gas (𝗣𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗘𝗺𝗮𝘀)
3) 𝗖𝗢𝗥𝗘𝗩𝗢𝗟𝗧 - Bengkel Teknologi Komputer Sistem (𝗣𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸)
Semoga kejayaan yang diraih menjadi inspirasi kepada semua dalam membudayakan kreativiti dan inovasi di masa hadapan.

ANUGERAH INSTITUSI TVET 5 BINTANG

Tarikh: 11 Februari 2026
Lokasi: Dewan Tun Dr. Ismail, WTC Kuala Lumpur
Sekitar momen bermakna di Majlis Anugerah Institusi TVET 5 Bintang yang diraikan dengan penuh gemilang. Setinggi-tinggi penghargaan atas pengiktirafan ini kepada ADTEC JTM Kampus Selandar (Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, sebagai bukti komitmen berterusan warga kerja dalam memperkasa kualiti latihan TVET.
Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan yang terlibat—daripada perancangan, pelaksanaan hingga pencapaian hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkukuh kerjasama industri, dan melahirkan lebih ramai tenaga mahir untuk masa depan negara.

PAUTAN PENCAPAIAN INOVASI & KREATIF: