PENCAPAIAN INOVASI & KREATIF

ADTEC JTM Kampus Selandar komited dalam memperkasa budaya Inovasi dan Kreativiti dalam kalangan warga kampus merangkumi kakitangan dan pelajar. Pelbagai idea, pendekatan baharu serta penambahbaikan berterusan digalakkan bagi menyokong kecemerlangan latihan dan pengurusan institusi.
Penyertaan dalam aktiviti inovasi dan kreativiti melibatkan penghasilan projek, idea penambahbaikan proses kerja, penggunaan teknologi serta kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan, malah menyumbang kepada pembangunan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif.
Segala maklumat berkaitan penyertaan dan pencapaian Inovasi dan Kreativiti warga ADTEC JTM Kampus Selandar akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Platform ini berperanan sebagai medium perkongsian maklumat, rujukan serta galakan berterusan ke arah pembudayaan inovasi yang mampan.
PAUTAN PENCAPAIAN INOVASI & KREATIF: