ADTEC JTM Kampus Selandar

ADTEC JTM Kampus Selandar atau dahulunya dikenali sebagai Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar merupakan salah sebuah institusi latihan kemahiran terulung di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). Institusi ini ditubuhkan secara rasmi pada 14 Mei 2004 di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) di atas tanah seluas 50 ekar yang terletak strategik di Mukim Selandar, Daerah Jasin, Melaka.
Penubuhan ADTEC JTM Kampus Selandar didorong oleh komitmen jitu bagi memenuhi aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020 serta memacu Malaysia ke arah status negara maju berpendapatan tinggi melalui pembekalan tenaga kerja mahir dan berdaya saing.
Fokus kepada latihan termaju dalam infrastruktur digital, penyelenggaraan sistem pintar, jaringan rangkaian berskala besar, serta reka bentuk multimedia kontemporari.
Menyediakan kemahiran berimpak tinggi dalam sektor kejuruteraan pembuatan perindustrian, reka bentuk produk berasaskan komputer, serta teknologi lukisan perpaipan loji minyak dan gas.
SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Adakah ADTEC JTM Kampus Selandar merupakan sebuah institusi pengajian awam?
2. Apakah kursus yang ditawarkan ADTEC JTM Kampus Selandar?
- Sijil Teknologi Komputer Sistem
- Sijil Teknologi Komputer Rangkaian
- Sijil Teknologi Multimedia Interaktif
- Sijil Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan)
- Sijil Teknologi Rekabentuk Produk Industri
3. Apakah kelayakan yang diperlukan untuk memasuki ADTEC JTM Kampus Selandar?
- Berumur 16 - 35 Tahun
- Warganegara Malaysia.
- Lepasan pelajar tahfiz mestilah sekurang-kurangnya telah menghafaz 3 juzuk hafazan
- Boleh membaca, mengira dan menulis (3M)
- Tidak buta/ buta sebelah mata/ buta warna/ pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
4. Bagaimanakah cara untuk memohon ke ADTEC JTM Kampus Selandar?
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September.
Cara-cara memohon adalah secara Aplikasi Atas Talian (online).
5. Berapa lama tempoh pengajian di ADTEC JTM Kampus Selandar?
- Teknologi Komputer Sistem - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
- Teknologi Komputer Rangkaian - 2 tahun 3 bulan (27 Bulan)
- Teknologi Multimedia Interaktif - 2 tahun 3 bulan (27 Bulan)
- Teknologi Rekabentuk Produk Industri - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
- Teknologi Minyak Dan Gas ( Lukisan Perpaipan ) - 1 tahun 3 bulan (15 Bulan)
6. Apakah konsep pembelajaran yang dijalankan di ADTEC JTM Kampus Selandar?
7. Adakah bidang kemahiran yang di jalankan di ADTEC JTM Kampus Selandar diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia?
8. Dimanakah saya boleh menyambung pengajian saya setelah tamat belajar?
Lain-lain institut ialah seperti Malaysian-France Institute (MFI), German Malaysian Institute (GMI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan lain-lain institusi yang menawarkan Diploma Kemahiran.
