Kemudahan & Fasiliti
ADTEC JTM Kampus Selandar dengan hormatnya menawarkan perkhidmatan sewaan kemudahan dan fasiliti komprehensif yang terdapat di pusat kami. Antara fasiliti utama yang sedia untuk disewa merangkumi Dewan Kuliah Utama, Dewan Besar, Bilik Penginapan Asrama, kemudahan sukan, serta ruang sokongan yang lain, tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan institut.
Kami memahami bahawa keperluan untuk mendapatkan kemudahan yang sesuai adalah penting bagi setiap acara atau program. Oleh itu, ADTEC JTM Kampus Selandar berkomitmen untuk menyediakan kemudahan yang selesa, kondusif, dan sesuai dengan keperluan anda.
Bagi sebarang pertanyaan mengenai proses penyewaan, peraturan atau sebarang butiran tambahan, sila hubungi pihak pentadbiran kami untuk maklumat lanjut. Kami berharap dapat memenuhi keperluan anda dan menjadikan acara anda di ADTEC JTM Kampus Selandar sebagai satu pengalaman yang memuaskan. Terima kasih.
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) • Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)



















