14 November 2024 – Ts. Rostam Bin Hashim, Pengarah ILP Selandar telah mengadakan ceramah yang bertajuk TVET Tahfiz Potensi Masa Depan Pelajar Tahfiz bersempena Multaqa Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar Kuala Lumpur kepada 100 peserta yang terdiri daripada Guru Besar dari Sekolah Rendah Agama JAWI dan Mudir Madrasah yang bernaung di bawah JAWI.
Tujuan ceramah ini diadakan adalah bertujuan membuka minda para guru dan mudir berkaitan laluan kerjaya pelajar tahfiz dalam bidang TVET disamping mempromosi dan memperkenalkan program TVET Tahfiz yang dilaksanakan di ILP Selandar.