20 Jun 2024 – Telah berlangsung dengan penuh meriahnya, Karnival Sukan ILP Selandar 2024. Dalam acara tersebut, barisan jagohan yang terdiri daripada kontijen Alpha (Merah), Bravo (Biru), Charlie (Kuning) dan Delta (Hijau) telah menunjukkan semangat kesukanan yang membanggakan.
Tahniah yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Kontinjen Delta yang telah dinobatkan sebagai Juara keseluruhan pada karnival sukan kali ini. Kejayaan mereka adalah hasil daripada usaha bersungguh-sungguh dan semangat juang yang tinggi.
Antara sukan yang telah dipertandingkan termasuklah Karom, Badminton, Dart, Ping Pong, Bola Tampar serta acara Tarik Tali.
Penganjuran karnival sukan seperti ini dilihat dapat mengharmonikan hubungan lagi antara wargakerja dengan para pelajar ILP Selandar. Semoga usaha ini dapat terus diteruskan pada masa akan datang untuk memupuk semangat kesukanan serta kemesraan hubungan di kalangan semua pihak.