BERITA & AKTIVITI

KEJOHANAN PETANQUE 1000 LIGA PERINGKAT DAERAH JASIN

 

15 Mei 2025 - Warga kerja ADTEC JTM Kampus Selandar telah menyahut cabaran dengan menerima jemputan dari Kolej Komuniti Selandar bagi menyertai Kejohanan Petanque 1000 Liga Peringkat Daerah Jasin Tahun 2025.

ADTEC JTM Kampus Selandar yang diketuai oleh En Atif telah menghantar dua pasukan triple yang diwakili oleh YM. Raja, En Zulfadhli, Ustaz Akmal, En Nazri, En Meor dan En Firdaus bagi kejohanan tersebut.

Semoga dengan penglibatan ini dapat menjadikan sukan Petanque salah satu sukan di ADTEC JTM Kampus Selandar satu hari nanti.

BERSAMA PERKASA TEKNOKRAT HUFFAZ DI MALAYSIA

Slide