26-27 April 2025 - Bengkel Teknologi Rangkaian, ADTEC JTM Kampus Selandar telah menganjurkan Kursus Server Hardware & Software Installation yang disertai oleh pelajar-pelajar dari Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin, Jasin, Melaka.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para peserta mengenai kemahiran memasang dan mengkonfigurasi server dari segi perkakasan dan perisian dalam rangkaian.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh memberi manfaat dalam perjalanan pembelajaran dan kerjaya kelak.