Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

KUNJUNGAN HORMAT DAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA SIGMA RETRIC SYSTEMS

29 Julai 2026 - Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama pihak Sigma Rectric Systems di Cyberjaya. Perbincangan telah diadakan bersama Managing Director Sigma Rectric Systems iaitu Ts. Muhammad Ibrahim bin Hussain dan ADTEC JTM Kampus Selandar diwakili oleh Ts Rostam bin Hashim selaku Pengarah Institut.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada:
• Pembangunan Modal Insan: Meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET melalui kemahiran kritikal yang disesuaikan dengan keperluan industri moden.
• Latihan Industri TVET: Membuka ruang penempatan latihan amali bernilai tinggi dan work-based learning khusus untuk pelajar ADTEC JTM Kampus Selandar.
• Pemindahan Teknologi Teras: Mendedahkan pelajar dan tenaga pengajar kepada inovasi, alatan, dan aplikasi teknologi terkini yang diguna pakai oleh Sigma Rectrix.

Melalui kolaborasi ini, diharapkan dapat melahirkan graduan yang mempunyai kepakaran di dalam teknologi teras Sigma Rectrix. Ekosistem TVET tempatan bukan sahaja diperkasakan, malah jurang antara teori dan realiti industri dapat dirapatkan secara efektif.

Slide