Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN KERJASAMA PROGRAM TVET TAHFIZ KE JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM KELANTAN (JAHEAIK)

12 Mei 2026 - Satu lawatan daripada ADTEC JTM Kampus Selandar telah diadakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). ADTEC JTM Kampus Selandar diwakili oleh Pengarah Ts. Rostam bin Hashim, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diwakili oleh Pengarah Dr Hasnan Bin Hj Ramli, Yayasan Islam Kelantan diwakili oleh Dr. Hajah Nasuha binti Haji Musa, pegawai-pegawai ADTEC JTM Kampus Jerantut dan Kota Bharu telah berbincang dan bekerjasama bagi memperkasakan program TVET Tahfiz.

Kolaborasi ini memberi fokus kepada:
(a) Perkongsian khidmat nasihat di dalam aktiviti latihan kemahiran TVET tahfiz; 
(b) Bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti promosi bagi program TVET tahfiz;
(c) Menjadi platform pembelajaran kemahiran peringkat lepasan sekolah menengah agama dan madrasah; dan
(d) Melaksanakan aktiviti pembangunan jati diri pelajar lepasan tahfiz.

Semoga usaha ini dapat melahirkan generasi huffaz yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri masa kini.

Slide