BERITA & AKTIVITI

KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN AGAMA MELAKA (JAIM) BAGI PERBINCANGAN LANJUT KERJASAMA BERSAMA ILP SELANDAR

 

25 Mac 2025 – Terima Kasih kepada Pengarah JAIM, YBhg. Datuk Ad Azhan bin Samat bersama KKP Pendidikan JAIM, Puan Adawiah binti Lias atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada pihak ILP Selandar pada 21 Mac 2025 yang lepas, untuk bersama-sama membincangkan secara lanjut kerjasama dalam memperkasa TVET Tahfiz dalam negeri Melaka.

Turut hadir dalam perbincangan ini adalah Pengetua SM Tahfiz Al-Quran JAIM Al-Abqari, Pengetua Kolej Al-Quran Sayyidina Ali (KAQSA) dan Ketua Unit Institut Pendidikan Islam Swasta (IPIS) JAIM. 

Semoga kerjasama padu dapat diwujudkan dengan jayanya antara ILP Selandar dan JAIM untuk mempromosi dan menyebarluas maklumat berkaitan dengan TVET Tahfiz keseluruh negeri Melaka.

BERSAMA PERKASA TEKNOUSAHAWAN HUFFAZ DI MALAYSIA
Slide