23 September 2026 - ADTEC JTM Kampus Selandar telah menerima kunjungan hormat daripada Universiti Multimedia Melaka sebagai inisiatif memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi TVET, khususnya dalam pembangunan laluan pendidikan dan kemahiran pelajar TVET Tahfiz dalam bidang teknologi maklumat dan mekanikal pembuatan.
Kunjungan ini memberi tumpuan kepada dua objektif utama:
1. Perbincangan Hala Tuju Pendidikan:
Membincangkan laluan dan peluang pelajar TVET Tahfiz bidang Teknologi Minyak & Gas (Lukisan Perpaipan) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma dan Ijazah, selaras dengan pembangunan kompetensi dan keperluan industri.
2. Pengukuhan Jaringan Kerjasama TVET:
Meneroka peluang kerjasama dengan institusi dan pusat kemahiran bagi memperluaskan ekosistem pendidikan serta pembangunan kemahiran, sekali gus menyokong usaha melahirkan pelajar tahfiz yang berkemahiran tinggi, kompeten dan berdaya saing dalam industri dan akademik.
Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik yang berterusan, khususnya dalam memperkukuh laluan pendidikan, perkongsian kepakaran dan pembangunan bakat TVET Tahfiz yang berkualiti serta memenuhi keperluan industri masa hadapan.
