BERITA & AKTIVITI

KURSUS PENGENDALIAN DRONE

 

7 Mei 2025 - Seiring dengan kecanggihan teknologi masakini, ADTEC JTM Kampus Selandar turut berpeluang meningkatkan kemahiran pengajarnya melalui kursus pengendalian drone yang mana dilihat mempunyai potensi dalam pelbagai bidang antaranya pemantauan bangunan, keselamatan dan bidang multimedia bagi warga institut serta kepelbagaian dalam perkongsian berkaitan institut.

Sesi perkongsian telah dijalankan bersama Pakar Hub Drone JTM, Tc .Wan Hasyidan Bin Wan Hussein yang telah berkongsi tentang komponen drone, kendalian asas, fungsi drone yang pelbagai serta teknik pengendalian yang mampu menjadikan hasil bahan yang pelbagai serta lebih menarik.

Majlis Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Tuan Ts. Kamaruzzaman bin Hj. Md Ali, Timbalan Ketua Pengarah JTM yang berkesempatan hadir sempena lawatan khas ke ADTEC JTM Kampus Selandar.

Semoga perkongsian latihan ini mempertingkatkan kemahiran para peserta dalam variasi bahan mentah dalam memperkasakan kemahiran sebagai nilai tambah kepada pembangunan dan peningkatan institut khususnya dalam bidang latihan kemahiran.

Slide