BERITA & AKTIVITI

LAFAZ IKRAR HARI BELIA NEGARA 2025 & SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH JASIN, MELAKA

 

15 Mei 2025 - Tanggal 15 Mei 1964, tanggal bersejarah yang mana hari mengiktiraf belia di Malaysia dan hari ini, ADTEC JTM KAMPUS SELANDAR meraikan 61 tahun hari penuh makna ini di dua lokasi yang berbeza.

Menjayakan Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan, bertempat di ADTEC JTM Kampus Selandar, lafaz ikrar belia telah dipimpin oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Saudara Mohd Haziq Adhas Bin Sahidi disaksikan oleh Tuan Pengarah, Ts.Rostam Bin Hashim.

Serentak turut berlangsung Karnival Semarak Hari Belia Negara bertempat di Kolej Komuniti Selandar yang mana pelbagai aktiviti yang mengumpulkan para belia bersemangat tinggi antaranya senamrobik sihat, e-sukan serta pameran dan jualan reruai.

Semoga lafaz ikrar yang bergema menyuntik jati diri yang mapan serta pembangunan pelajar yang holistik dalam melahirkan huffaz teknokrat yang berjiwa madani.

BERSAMA PERKASA TEKNOKRAT HUFFAZ DI MALAYSIA

Slide