16 Julai 2026 - Baru-baru ini, satu Lawatan Industri ke Virtual Space, Cyberjaya telah dilaksanakan pada hari Khamis, 16 Julai 2026. Seramai lima (5) orang pengajar dan dua puluh lima (25) orang pelajar telah terlibat dalam lawatan tersebut.
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai perkembangan semasa dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) serta teknologi terkini yang digunakan dalam industri.
Selain itu, peserta turut didedahkan kepada topik berkaitan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence (AI)), termasuk demonstrasi penggunaan teknologi AI melalui paparan komputer (computer box) yang digunakan pada kenderaan Tesla sebagai contoh aplikasi AI dalam industri moden.
Moga lawatan ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan membuka minda peserta tentang bidang teknologi zaman kini.