10 Ogos 2026 - ADTEC JTM Kampus Selandar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan 3 orang Pegawai Panel Pentauliahan Program atas kesudian mengadakan Lawatan Penentusahan Pentauliahan Program Latihan Kemahiran Berasaskan Kod Amalan Pentauliahan Program TVET (COPTPA) di ADTEC JTM Kampus Selandar.
Lawatan ini melibatkan Pembaharuan Program Rekabentuk Multimedia Interaktif (J582-001-3:2019) – MT dan Penambahan Program Rangkaian Komputer (J619-004-4:2024) yang telah berlangsung pada 10 Ogos 2026 (Isnin).
Kehadiran serta komitmen pihak penilai amat kami hargai dalam memastikan pelaksanaan program latihan kemahiran sentiasa memenuhi standard, kualiti dan keperluan yang ditetapkan.
Semoga lawatan ini dapat terus memperkukuh kerjasama strategik antara ADTEC JTM Kampus Selandar dan pihak JPK dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) yang berkualiti, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.

