23 Mei 2025 - Bertempat di Dewan Auditorium, ADTEC JTM Kampus Selandar telah melakar sejarah baru menyaksikan satu langkah besar ke hadapan dalam bidang TVET Tahfiz melalui Majlis Menandatangani Dokumen Kerjasama di antara ADTEC JTM Kampus Selandar bersama rakan strategik Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Darul Quran JAKIM dan Tatacara Sdn. Bhd.
Majlis ini telah dihadiri sendiri oleh Timbalan Ketua Pengarah JTM, Ts. Kamaruzaman bin Hj Md Ali bagi menyaksikan sendiri jalinan kerjasama ini.
Terima kasih kepada YH Dato' Zaliza bin Zulkifli Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim Pengarah Darul Quran JAKIM dan Ts. Mat Setia bin Mohd Raji Pengarah Urusan Tatacara Sdn. Bhd.
Majlis ini juga menyaksikan Pemberian Zakat kepada pelajar asnaf dari ILP Selandar, ILP Bukit Katil dan ADTEC Melaka oleh Syarikat Cybicom (M) Sdn. Bhd. yang di serahkan sendiri oleh Ts. Mat Setia bin Mohd Raji.
BERSAMA PERKASA TEKNOKRAT HUFFAZ DI MALAYSIA