6 Oktober 2026 - Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dari Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian (TKR), ADTEC JTM Kampus Selandar atas kejayaan cemerlang meraih Anugerah Penyelesaian Lestari Terbaik dalam Pertandingan Inovasi Berteraskan Kelestarian (PERKAYA LESTARI 2026) anjuran Politeknik Merlimau Melaka (PMM).
Pertandingan yang julung kalinya diadakan ini telah dirasmikan oleh Ts. Dr. Azlan Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka, bertempat di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau Melaka.
Lebih membanggakan, pasukan ADTEC JTM Kampus Selandar yang bersaing dalam kategori Pertandingan Video Inovasi (Atas Talian) telah berjaya menonjolkan kreativiti serta daya saing tinggi dengan mengetepikan cabaran sengit daripada 87 pasukan yang bertanding.
Tahniah diucapkan kepada barisan pelajar:
1. Nur Ain Syuhadah Binti Mahmud
2. Siti Nur Athirah Natasya Binti Mohd Fazli
3. Nur Aisya Qhaleesya Binti Aimie Faizal
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga dirakamkan buat pengajar pembimbing, Puan Nornilam Binti Ismail, atas dedikasi dan bimbingan jitu sehingga membuahkan kejayaan yang cukup manis ini.
Semoga pencapaian ini terus menyuntik semangat dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga teknokrat ADTEC JTM Kampus Selandar untuk terus berinovasi dan mengharumkan nama institusi di persada TVET.


