13 Mac 2026 - Bertempat di Auditorium Iltizam ADTEC JTM Kampus Selandar, perhimpunan kali ini sedikit istimewa kerana kakitangan dan pelajar dikumpulkan bersama sebagai satu keluarga besar ADTEC. Perhimpunan turut menyaksikan pencapaian cemerlang ADTEC bagi Anugerah Penarafan Bintang ADTEC JTM Malaysia dan juga meraikan kakitangan yang lahir pada bulan Februari dan Mac.
Tuan Pengarah, Ts. Rostam Bin Hashim turut memperingatkan buat warga kerja ADTEC JTM Kampus Selandar supaya sentiasa kekal berintergriti, mengamalkan budaya kerja bebas rasuah serta sentiasa mempamerkan kualiti kerja yang baik disamping membudayakan suasana kerja yang positif dan efisyen.
