BERITA & AKTIVITI

PROGRAM BACAAN IKRAR MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2024

 

15 Mei 2024 – Sempena Sambutan Hari Belia Negara pada hari ini, para pelajar ILP Selandar juga turut menyertai Program Bacaan Ikrar Malaysia yang bertempat di Dewan Kuliah Utama, ILP Selandar bersama Pengarah ILP Selandar, Ts. Rostam bin Hashim.
 
Aktiviti ini juga turut dijalankan secara serentak di semua sekolah, institusi pendidikan, dan institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, serta Kementerian Sumber Manusia.
 
Program Bacaan Ikrar Malaysia Serentak Seluruh Negara adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk menyatukan semua generasi muda dalam semangat patriotisme dan kesetiaan kepada negara. Semoga acara ini akan memperkukuhkan perpaduan di kalangan belia Malaysia dan mengeratkan lagi ikatan kesetiaan terhadap negara.
Slide