27 Ogos 2026 - Baru-baru ini telah diadakan satu majlis dengan penuh barakah Program Ceramah Maulid bertempat di Surau As-Syakirin, ADTEC JTM Kampus Selandar.
Pengisian yang amat berharga telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shahrir Asraf bin Haji Azmi (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, JAIM) mengenai keperibadian dan keagungan akhlak Rasulullah SAW.
Moga perkongsian ini bukan sekadar menjadi ingatan, tapi menyuntik semangat untuk kita semua terus meneladani baginda dan menjadi insan cemerlang dunia & akhirat.
"𝘙𝘪𝘯𝘥𝘶 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢, 𝘵𝘦𝘭𝘢𝘥𝘢𝘯𝘪 𝘢𝘬𝘩𝘭𝘢𝘬𝘯𝘺𝘢."
.