Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

PROGRAM JELAJAH SEMBANG SANTAI BERSAMA YB MENTERI SUMBER MANUSIA PERINGKAT NEGERI MELAKA DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)

15 Ogos 2026 - ADTEC JTM Kampus Selandar melakar detik bermakna menerusi penganjuran oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka, menerusi Program Sembang Santai Bersama YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia.

Program ini memberi ruang secara terus kepada para pelajar ADTEC JTM Kampus Selandar dan pelajar-pelajar TVET daripada institusi lain untuk menyampaikan aspirasi, bertukar pandangan, serta mendengarkan amanat berharga daripada YAB Menteri berkenaan hala tuju kerjaya, kebolehpasaran graduan, dan ekosistem TVET masa depan.

Sorotan Utama Program:
• Sesi Sembang Santai: Sesi dialog terbuka yang mesra dan santai antara YAB Menteri dan warga pelajar. 
• Pameran Kerjaya 
• Penyerahan & Pengiktirafan: Inisiatif pemerkasaan kemahiran dan sokongan kementerian terhadap Penyerahan Sijil Penghargaan kepada majikan yang melaksanakan pengambilan pelatih industry.
• Pocket Talk CEO - Hala Tuju Kerjaya
• Influencer Talk - Your Career Your Choice

Terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia di atas sokongan padu terhadap pembangunan kemahiran anak-anak muda di seluruh Malaysia.

Slide