30 Januari 2026 - Program Kuliyah Falak anjuran ADTEC JTM Kampus Selandar telah berlangsung dengan jayanya pada 30 Januari 2026 (Jumaat) bertempat di Auditorium Iltizam, ADTEC JTM Kampus Selandar. Program ini telah disertai oleh para pelajar serta warga kampus yang hadir untuk menimba ilmu dan menghayati peristiwa agung Israk dan Mikraj.
Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh Ustaz Haji Sukiman bin Sangat, Timbalan Setiausaha Persatuan Ahli Falak Selangor. Beliau telah menghuraikan perjalanan Israk dan Mikraj dari perspektif ilmu falak, sekali gus membuka ruang pemahaman yang lebih mendalam terhadap kebesaran Allah SWT serta hikmah di sebalik peristiwa tersebut.
Semoga perkongsian ini menjadi ibrah kepada semua dalam memperkukuh keimanan, mempertingkatkan ibadah serta membentuk akhlak yang lebih baik. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

