9 September 2026 - Program melibatkan para huffaz berusia 18 tahun dilihat telah memberi gambaran jelas tentang perjalanan proses pilihan raya yang bermula dari pembubaran dun, penamaan calon sehingga proses pilihan raya selesai.
Program dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Daerah Jasin telah berjaya menyuntik semangat para huffaz yang pertama kali bakal mengundi dalam pilihan raya umum kelak.
Perasmian majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, Ts. Rostam bin Hashim yang menyambut baik usaha menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hak memilih sebagai pengundi dan rakyat Malaysia yang merupakan salah satu cabang sumbangan kepada pembentukan kerajaan Negara Malaysia.
Semoga penyertaan aktiviti ini membentuk tanggungjawab yang jitu dalam menjadi rakyat Malaysia yang Madani.