23 Ogos 2024 – Baru-baru ini, pada 21 Ogos 2024 telah berlangsung satu Program Seminar Kerjaya yang bertempat di Auditorium Iltizam. Program ini bertujuan adalah sebagai persediaan pelajar-pelajar ILP Selandar semester akhir untuk menghadapi alam pekerjaan selepas graduasi.
Pengisian seminar kerjaya telah kendalikan oleh unit CESS dan dijayakan dengan kerjasama penceramah jemputan daripada KWSP Cawangan Jasin dan PERKESO Melaka.