Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOKONGAN KORPORAT (CSR) BERSAMA KOMUNITI

16-18 Oktober 2026 - Baru-baru ini, Kembara Huffaz Teknokrat berkesempatan menyantuni komuniti Surau Al Ghazali, Taman Lipat Kajang Perdana, Jasin.

Slot pengisian telah diisi dengan sesi perkongsian ilmu fadilat beribadah di jalan Allah oleh Tuan Afendi, wakil dari Surau Taman Bahagia Jasin. Tidak ketinggalan sesi bacaan hadis Nabi Muhammad SAW dari Kitab Mutkhab Hadith oleh pelajar Kampus Selandar,saudara Iman Hakeem Bin Muhamad.

Para huffaz turut menjalankan aktiviti gotong-royong mengemaskan perkarangan surau sepanjang keberadaan mereka di surau tersebut. 

Semoga kembara ini menyuntik semangat beribadah ke jalan Allah dengan penuh keberkatan serta menuntut ilmu dengan baik.

Slide