28 Februari 2025 – Saban tahun, negara diberitakan dengan pelbagai kejadian jenayah melibatkan jenayah komersil termasuklah penipuan secara dalam talian yang melibatkan mangsa dari pelbagai kumpulan umur. Justeru, bagi memberi kesedaran akan bahayanya jenayah komersil, ILP Selandar dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah menjalankan slot tata kelola berkenaan dengan jenayah komersil.
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Tuan Inspektor Mohd Rosedyaswat bin Rosli , Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, IPD Daerah Jasin, Melaka. Beliau turut memberi informasi mengenai jenis-jenis jenayah komersil, cara mengenalpasti penipuan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi penipuan secara dalam talian.
Beliau turut mengingatkan warga ILP Selandar khususnya kepada para pelajar untuk memanfaatkan penggunaan telefon pintar dengan berhati-hati dalam membuat sebarang urusan melibatkan wang agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang mampu mempengaruhi pertimbangan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Semoga perkongsian ini membantu warga ILP Selandar dalam mengekang jenayah komersil yang berleluasa di Malaysia masa kini.