22 Mei 2026 - Taklimat Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh pengisian di ADTEC JTM Kampus Selandar baru-baru ini.
ADTEC JTM Kampus Selandar amat bertuah kerana menerima perkongsian ilmu dan kepakaran yang sangat bernilai daripada En. Ahmad Shairadzi bin Abd Hamid (Pemeriksa Kilang dan Jentera) dari JKKP Melaka selaku penceramah jemputan. Beliau mengupas secara mendalam tentang aspek keselamatan mekanikal, penilaian risiko dan amalan terbaik di persekitaran kerja.
Secara amnya, Taklimat Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) dianjurkan untuk mencapai 4 objektif utama berikut:
1. Memupuk Budaya Kerja Selamat (Safety Culture)
2. Memastikan Pematuhan Undang-Undang (Legal Compliance)
3. Mengenal Pasti Bahaya dan Mengurus Risiko (Hazard & Risk Management)
4. Mengurangkan Kadar Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan
Komitmen utuh terhadap budaya selamat ini turut dizahirkan menerusi sokongan penuh daripada pihak pengurusan tertinggi, yang dihadiri dan diwakili oleh Ybrs. Pengarah Ts. Rostam bin Hashim. Kehadiran pihak pengurusan membuktikan bahawa keselamatan warga ADTEC Selandar sentiasa menjadi keutamaan. Turut hadir adalah seluruh kakitangan, pelajar-pelajar dan pekerja-pekerja kontrak (keselamatan, pembersihan, dewan makan dan kafetaria) ADTEC JTM Kampus Selandar.

