- PENERAJU KEMAHIRAN TERBILANG -
ARKIB (Berita)
Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Peringkat ILP Selandar 2023
Menyemarakkan suasana apresiasi kemerdekaan Malaysia, ILP Selandar telah menganjurkan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik yang mempertandingkan penglibatan penyertaan para pelajar dan kakitangan ILPS.
ILP Selandar Merdeka Fun Run 2023
Masih dalam suasana apresiasi kemerdekaan Malaysia,ILPS telah menganjurkan Fun Run Merdeka yang melibatkan para pelajar dan kakitangan ILPS. Kontinjen diketuai oleh Pengarah ILP Selandar ,Ts. Dr. Hj. Sabri bin Zainuddin.
Pameran Sempena Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Jasin Tahun 2023
Pejabat Pendidikan Daerah, PPD Jasin telah menganjurkan Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Jasin Tahun 2023 bertempat di Mydin Jasin dan ILP Selandar diwakili oleh pegawai promosi dari unit Cess telah menyertai program tersebut dengan mengadakan pameran promosi.
Pertandingan "Hackathon" dan "Capture The Flag" sempena Minggu Keselamatan Siber 2023 Anjuran ILP Kuala Langat
Pada 5 hingga 7 September 2023 , ILP Selandar telah menyertai Pertandingan "Hackathon" dan "Capture The Flag" sempena Minggu Keselamatan Siber 2023 Anjuran ILP Kuala Langat. ILP Selandar telah menghantar 2 orang wakil untuk pertandingan Hackathon dan 2 orang wakil Capture The Flag yang telah memberi saingan sengit dalam pertandingan tersebut.
Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Kepada Tenaga Pengajar ILP Selandar Sempena Bengkel Usahawan Altruistik TVET (B.U.A.T)
CREATE UTeM telah berkunjung ke ILP Selandar bagi menyerahkan sijil penghargaan kepada 6 orang tenaga pengajar yang telah menjayakan Bengkel Usahawan Altruistik TVET, B.U.A.T yang telah dilaksanakan pada 11 Julai 2023 yang lalu.
Mesyuarat Majlis Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) Negeri Melaka
ILP Selandar telah menerima kunjungan daripada Majlis TVET Negeri Melaka bagi mengadakan Mesyuarat Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negeri Melaka bil 4/2023 di ILP Selandar.⁣
Program Penanaman Pokok Hutan Fasa 2 "Restorasi Empangan Durian Tunggal"
Sebagai usaha menyokong Agenda Nasional Negara iaitu "Kempen Penanaman 100 Juta Pokok“ menjelang tahun 2025, pihak kerajaan Melaka telah mengambil inisiatif menjayakan program penanaman pokok hutan di Empangan Durian Tunggal.Sebanyak 600 anak pokok telah berjaya ditanam pada program ini.
Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturahim (MSR) Sesi 2/2023
Telah berlangsung majlis perasmian penutup Program MSR ILP Selandar Sesi 2/2023 yang disempurnakan oleh Pengarah ILP Selandar, Ts. Dr. Hj. Sabri Bin Zainuddin. Program ini telah berlangsung selama 4 hari bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar baharu dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran di ILP Selandar disamping memupuk keharmonian antara satu sama lain.
Bengkel Usahawan Altruistik TVET, B.U.A.T Anjuran CREATE UTeM di ILP Selandar
Bengkel Usahawan Altruistik TVET (B.U.A.T) yang dianjurkan oleh ILP Selandar dan CREATE UTeM telah berlangsung selama 3 hari bermula 31 Julai 2023 sehingga 2 Ogos 2023. Bengkel ini telah dihadiri oleh 40 orang pelajar-pelajar UTeM yang telah menjalani kursus jangka pendek dalam penyelenggaraan komputer, penyelenggaraan telefon pintar dan keusahawanan digital.
Majlis Menandatangi Dokumen Kerjasama Nota Persefahaman (NoU) Di Antara UTeM dan ILP Selandar
Satu Majlis menandatangani dokumen kerjasama Nota Persefahaman (Notes of Understanding) di antara UTeM dengan ILP Selandar telah berlangsung di Auditorium Iltizam ILP Selandar.
Program Kecemerlangan Kokurikulum ILP Selandar Sesi 1/2023
Selaras dengan membentuk komuniti hidup sihat, telah berlangsungnya 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗸𝘂𝗿𝗶𝗸𝘂𝗹𝘂𝗺 peringkat ILP Selandar bagi sesi 1/2023 yang telah dianjurkan oleh 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 & 𝗨𝗸𝗵𝘄𝗮𝗵 (𝗞𝗦𝗨) 𝗜𝗟𝗣 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 dengan penyertaan merangkumi kalangan kakitangan ILP Selandar.
Program Karnival Kerjaya Anak Muda MyFutureLife Dun Ayer Limau 2023
ILP Selandar diwakili oleh pegawai promosi dari unit Cess ILP Selandar telah menyertai Karnival Kerjaya Anak Muda Myfuturelife Dun Ayer Limau yang telah diadakan di Kompleks Japerun Dun Ayer Limau.
Lawatan Akademik ILP Selandar Ke Virtual Space Center Dan Awantec
Seramai 15 orang pelajar Dan 7 orang pensyarah daripada Bengkel Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) telah membuat lawatan ke Virtual Space Center dan Awantec.
Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) Bil 1/2023
Institut Latihan Perindustrian Selandar, Jabatan Tenaga Manusia telah mengadakan Mesyuarat sulung Jawatankuasa Penasihat Teknikal (TAC) Bil.1/2023 yang dipengerusi oleh Pengarah ILP Selandar, Ts Dr Hj Sabri bin Zainuddin
Taklimat Dan Penerangan Berkenaan MBOT Di ILP Selandar
Telah berlangsung baru-baru ini, satu sesi taklimat dan penerangan berkenaan MBOT kepada para pelajar ILP Selandar yang bertempat di Dewan Auditorium ILP Selandar.
Bengkel Kerjaya MyFutureJobs
Seramai 17 orang pelajar ILP Selandar dari Bengkel Teknologi Komputer Sistem telah menyertai bengkel kerjaya MyFutureJobs yang telah dikelolakan oleh Encik Mohd Shafry Bin Salam, pegawai unit Cess ILP Selandar.
Majlis Penutup Kokurikulum Sesi 1/2023
Baru-baru ini telah berlangsung satu Majlis Penutup Aktiviti Kokurikulum bagi sesi 1/2023 ILP Selandar. Program ini melibatkan gabungan pelajar semester 1 dan 2 dan telah dijalankan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jasin. Mengakhiri majlis penutup adalah demostrasi menyelamat dan bantuan kecemasan kemalangan jalan raya yang telah dijayakan oleh pelajar dan pihak APM.
Pertandingan TikTok ILP Selandar 2023
Pengarah ILP Selandar Ts. Dr. Hj. Sabri Bin Zainuddin telah menyampaikan cenderahati dan hadiah kepada peserta dan pemenang pertandingan tiktok yang yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Komunikasi & Multimedia, JKM ILP Selandar.
Program Pencegahan Jenayah Remaja
Baru-baru ini telah berlangsungnya Program Pencegahan Jenayah Remaja anjuran bersama Polis Diraja Malaysia. Program memfokuskan kepada pencegahan jenayah meliputi peranan pelajar dalam menjadi seorang remaja yang bebas jenayah, akta-akta serta hukuman berkaitan perlakuan jenayah.
Skill Job Fair Di Karnival TVET Madani Jom Pilih Kemahiran Zon Selatan 2023
Karnival TVET Madani Jom Pilih Kemahiran Zon Selatan 2023 telah berlangsung pada 16 Jun 2023 dengan kehadiran seramai 40 orang pelajar semester 2 dan 3 dari ILP Selandar. Program Skill Job Fair yang diadakan dalam karnival ini bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan terbaik kepada para pelajar yang berminat dalam bidang kemahiran.
Program Skuad Antidadah
Telah berlangsungnya satu Kolaborasi Program Skuad Antidadah di antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jasin bersama dengan pelajar-pelajar ILP Selandar. Seramai 40 orang pelajar ILP Selandar telah terlibat sama menyertai program ini.
Program Promosi Pengambilan Pelajar Baru ILP Selandar Sesi 2/2023
ILP Selandar telah mengadakan program promosi pengambilan pelajar baru ILP Selandar bagi kemasukan sesi 2/2023 di beberapa sekolah menengah sekitar negeri Melaka sempena majlis penyerahan keputusan peperiksaan SPM 2022/2023.
34th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2023)
Jutaan tahniah diucapkan buat Team Inovasi ILP Selandar di atas kejayaan dalam 𝟑𝟒𝐭𝐡 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐈𝐧𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐨𝐧, 𝐈𝐧𝐧𝐨𝐯𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 & 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐧𝐨𝐥𝐨𝐠𝐲 𝐄𝐱𝐡𝐢𝐛𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 (𝐈𝐓𝐄𝐗 𝟐𝟎𝟐𝟑) di 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐊𝐨𝐧𝐯𝐞𝐧𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 (𝐊𝐋𝐂𝐂) pada 11-12 Mei 2023
Pertandingan Worldskill Malaysia Belia (WSMB) Tahun 2023
Selamat Maju Jaya buat para pelajar yang menjadi wakil ILP Seandar ke Pertandingan "Worldskill Malaysia Belia (WSMB) Tahun 2023" yang berlangsung di Falkuti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (FTMK) UTEM Melaka
Bengkel Training The Trainers (TOT) Modul 2.0, Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja (PROSTAR) Peringkat Daerah Jasin
Bengkel anjuran PEJABAT KESIHATAN DAERAH JASIN yang berlangsung selama 2 hari melibatkan 54 orang pelajar ILP Selandar .
Program Memasak Dan Agihan Bubur Lambuk Ramadan 1444H
Kelab Sukan & Ukhwah, KSU ILP Selandar telah menganjurkan Program Memasak & Agihan Bubur Lambuk sempena bulan Ramadan 1444H
Program CSR TVET ILP Selandar di SR Arab JAIM Merlimau Pasir
ILP Selandar telah menghantar pasukan teknikal yang terdiri daripada 20 pelajar dan 15 pengajar bagi menjayakan program CSR TVET ILP Selandar yang telah dilaksanakan di Makmal Komputer SR Arab JAIM Merlimau Pasir (SRAMP)
Klinik Sukan Tennis Percuma Dan Pemeriksaan Kesihatan
Kelab Sukan & Ukhwah (KSU) ILP Selandar dengan kerjasama Melaka Lawn Tennis Association (MLTA) dan Putra Specialist Hospital telah menganjurkan Klinik Tennis Percuma dan Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Kompleks Tenis MPHTJ MiTC Hang Tuah Jaya kepada 25 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar ILP Selandar.
Webinar Tvetdigital Asas Simulasi Litar Arduino Menggunakan Tinkercad Circuit
ILP Selandar telah menganjurkan Webinar TVETDigital Asas Simulasi Litar Arduino Menggunakan Tinkercad Circuit secara atas talian menggunakan medium Youtube Live ILP Selandar dengan kerjasama Unit Sains Komputer Kolej Matrikulasi Melaka sempena Quick Win 100 Hari YB Menteri Sumber Manusia.
Majlis Jamuan Hi-Tea Kelab Sukan & Ukhwah (KSU) ILP Selandar Serta Majlis Perpisahan Pegawai
Satu majlis jamuan hi-tea telah diadakan bagi menghargai ahli Kelab Sukan dan Ukhwah (KSU) ILP Selandar yang telah memberi sokongan terhadap Kelab disamping dapat mengeratkan ukhwah silaturahim sesama ahli.
Mesyuarat Agung Kelab Sukan & Ukhwah (KSU) ILP Selandar Tahun 2023
Kelab Sukan & Ukhwah (KSU) ILP Selandar telah mengadakan mesyuarat agung tahun 2023 bagi membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan, perbelanjaan dan pendapatan akaun serta perbincangan usul yang telah dikemukakan oleh ahli KSU.
Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf & Memulihara Struktur Fizikal ILP Selandar
Projek Naiktaraf dan Memulihara Struktur Fizikal ILP Selandar telah dimulakan pada 1 Julai 2020 dan telah siap sepenuhnya pada 24 Januari 2023 merangkumi pemulihan struktur bangunan pentadbiran, makmal, bilik kuliah dan juga dewan makan.⁣
Lawatan Penanda Aras Program Teknologi Multimedia Di ILP Arumugam Pillai
Seramai 20 pegawai daripada ILP Selandar telah berkunjung ke ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal bagi mengadakan lawatan penanda aras untuk memberi pendedahan dan panduan kepada para pegawai tentang pelaksanaan latihan Teknologi Multimedia Interaktif yang dilaksanakan di ILP APNT.
Lawatan Kunjungan Hormat Bersempena Jalinan Kerjasama Antara ILP Selandar Dengan KV Balik Pulau
ILP Selandar telah mengadakan kunjungan hormat di KV Balik Pulau bersempena Jalinan Kerjasama Pintar bagi Program Teknologi Maklumat dan Program Teknologi Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan Aplikasi Web.
Pertandingan Bowling Piala Pengarah ILP Selandar Sesi 1/2023
Sebanyak 8 pasukan dengan penyertaan 32 pemain telah menjayakan pertandingan ini. ⁣
Program Taklimat Keselamatan Pelajar ILP Selandar
Satu sesi perkongsian taklimat keselamatan telah berlangsung dengan kerjasama Honda Malaysia Sdn.Bhd melibatkan para pelajar semester akhir ILP Selandar.
Majlis Anugerah Pelajar Sessi 2/2022 ILP Selandar dan Sesi Penyampaian Dermasiswa dari Honda Malaysia Sdn Bhd.
Anugerah dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh Ts. Dr. Hj Sabri bin Zainuddin ,Pengarah ILP Selandar atas kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan ko kurikulum.
Kunjungan Hormat Dan Perbincangan Jalinan Strategik Antara Perdana University, Sterling Group Dan Nematix Bersama ILP Selandar
Perdana University, Sterling Group dan Nematix telah mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan jalinan strategik di ILP Selandar bagi mengenalpasti peluang dan ruang yang boleh dijalin bersama terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Data Science.
Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) Di ILP Selandar
ILP Selandar telah menerima Lawatan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) pada 09 Januari 2023 hingga 11 Januari 2023 bagi pengesahan terhadap Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Sistem Penilaian Kendiri Sesi 2/2022.
Kursus (TOT) Keusahawanan ILP Selandar
ILP Selandar telah menganjurkan Kursus (TOT) Keusahawanan yang melibatkan seramai 13 orang pengajar bertempat di Bilik Komputer, Pusat Sumber & Multimedia, Institut Latihan Perindustrian Selandar.
Kunjungan Hormat Dan Perbincangan Profesional Bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan profesional bersama ILP Selandar bagi mengenalpasti, menyelaras program-program yang berkaitan dengan Pendidikan Digital dalam usaha pihak JPN ke arah pemerkasaan digital murid dan transformasi Pendidikan Digital Sekolah-Sekolah Negeri Melaka terutamanya di dalam Daerah Jasin.⁣
Lawatan Dan Bengkel Kerjaya Daripada Pelajar SMK Tun Mutahir Ke ILP Selandar
Seramai 40 pelajar SMK Tun Mutahir bersama 3 guru pengiring telah berkunjung ke ILP Selandar bagi mengadakan lawatan dan bengkel kerjaya untuk melihat dan mengenali latihan kemahiran TVET.
Pameran Kerjaya Sempena Karnival STEM Di SMK Tun Mutahir
ILP Selandar yang diwakili oleh Team Promosi daripada unit Cess ILP Selandar telah menyertai Pameran Kerjaya sempena Karnival STEM anjuran SMK Tun Mutahir.
Lawatan akademik Institut Latihan Perindustrian Selandar ke Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Seramai 20 orang pelajar Dan 7 orang pensyarah daripada Bengkel Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) telah membuat lawatan ke MDEC. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta lawatan mengenai dunia usahawan digital yang berkait rapat dengan bidang pengaturcaraan.⁣
Program Kem Bina Insan Tahun 2022 anjuran Kolej Universiti Agrosains Malaysia⁣
Seramai 40 orang peserta terdiri daripada para pelajar dan pengajar pengiring ILP Selandar telah terlibat dalam Kem Bina Insan yang bertempat di Kolej Universiti Agrosains Malaysia, Ayer Pa'abas Alor Gajah, Melaka⁣⁣
Kursus Jangka Pendek Bersama Pelajar-Pelajar KV Datuk Seri Abu Zahar Isnin
Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin telah menghantar seramai 21 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring ke ILP Selandar untuk mengikuti kursus jangka pendek Backup Strategies Management & Computer Assembly.⁣
Kursus Jangka Pendek Bersama Pelajar-Pelajar KV Datuk Seri Mohd Zin
Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin telah menghantar seramai 19 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring ke ILP Selandar untuk mengikuti kursus jangka pendek Splicing Fiber Optic.
Program Kembara CSR TVET ILP Selandar Di SM Tahfiz Al-Quran (JAIM) Chenderah
ILP Selandar telah menghantar pasukan teknikal yang terdiri daripada 30 pelajar dan 10 pengajar bagi menjayakan Program Kembara CSR TVET ILP Selandar yang telah dilaksanakan di Makmal Komputer SM Tahfiz Al-Quran (JAIM) Chenderah (SMTAQ).⁣
Pembentangan Dan Perbincangan Oleh MIGHT Bersama TNB Research Sdn Bhd Bagi Projek Demonstrasi Grid Pintar (SGDP) Di ILP Selandar
Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) bersama TNB Research Sdn Bhd telah mengadakan pembentangan dan perbincangan di ILP Selandar bagi Projek Demonstrasi Grid Pintar (SGDP) yang akan dilaksanakan di ILP Selandar.⁣
Kunjungan Muhibah dan Penyampaian Sumbangan Buat Mangsa Bencana Alam
Sesi kunjungan muhibah dan penyampaian sumbangan buat Encik Faizal b Mohd Fazil ,Ketua Pengawal Keselamatan ILP Selandar yang mana kediaman beliau di Felcra Bukit Sedanan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok tengah hari semalam.
Pasukan Inovasi ILP Selandar dinobatkan GOLD AWARD bagi Kategori Produk Pitching di dalam iVEDIIC2022
Pasukan Inovasi ILP Selandar yang terdiri daripada Gabungan Pengajar dan Pelajar dari Bengkel Teknologi Perisian (Pengaturcaraan) telah dinobatkan sebagai pemenang GOLD AWARD bagi Kategori Produk Pitching di dalam The International Virtual Educational Invention, Innovation, and Design Competition 2022 (iVEDIIC2022)⁣
Kem Motivasi Pelajar ILP Selandar Sesi 2/2022
Pada 4 & 5 November 2022, pelajar-pelajar ILP Selandar telah menyertai Kem Motivasi yang bertempat di Forestay Taman Botanikal Melaka. Kem motivasi yang disertai oleh para pelajar semester 1 Sesi 2/2022 gabungan pimpinan bersama Angkatan Pertahanan Awam, Fasilitator (pelajar semester 2) serta kakitangan ILP Selandar.
Team Building ILP Selandar
Seramai 55 orang kakitangan ILP Selandar telah menyertai program Team Building yang bertempat di Academy DRB-Hicom Port Dickson Negeri Sembilan.
Pelancaran Majlis TVET Negeri Melaka & Karnival TVET 2022
Pada 29 Oktober 2022, telah diadakan satu program Pelancaran Majlis TVET Negeri Melaka dan Karnival TVET 2022. Program tersebut telah di adakan bertempat di MITC, Ayer Keroh bermula pada 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.
Program Taklimat Anti Dadah & Saringan Ujian Air Kencing Pelajar ILP Selandar
Satu sesi taklimat anti dadah telah disampaikan oleh Encik Zamani daripada Unit Promosi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jasin pada 27 Oktober, bertempat di Dewan Auditorium ,ILP Selandar.
Sesi Pembentangan Sistem Tenaga Solar di ILP Selandar
Sesi pembentangan Sistem Tenaga Solar oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Energy Sdn. Bhd. bersama Taha Cahaya Sdn Bhd pada 21 Oktober 2022 (Jumaat ) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama ILP Selandar, Melaka.⁣
Ceramah Motivasi & Ceramah Pencegahan Jenayah
Baru-baru ini telah diadakan satu sesi Ceramah Motivasi & Pencegahan Jenayah bersama pelajar-pelajar ILP Selandar. Sesi tersebut telah diadakan bertempat di Dewan Auditorium, ILP Selandar dari jam 8.00 pagi sehingga 1.00 petang
Lawatan Kunjungan Hormat Dan Penyerahan Komputer Di Madrasah Al-Qurra'
Pengarah ILP Selandar Ts. Dr. Hj. Sabri Bin Zainuddin bersama pegawai-pegawai daripada unit CESS dan wakil pegawai daripada unit PSM telah mengadakan lawatan kunjungan hormat dan perbincangan kerjasama ke Madrasah Al-Qurra' Lil Banat.⁣
Majlis Perhimpunan Bulanan ILP Selandar
Ucapan Pengarah yang sentiasa memberi suntikan semangat kepada warga ILP Selandar menguatkan lagi ukhwah dan nilai-nilai murni di antara pegawai.⁣
Majlis Perpisahan Pegawai ILP Selandar
Kelab Sukan Dan Ukhwah (KSU) ILP Selandar telah menganjurkan majlis perpisahan bagi meraikan pegawai-pegawai ILP Selandar yang menamatkan perkhidmatan di ILP Selandar
Kursus Jangka Pendek Bersama Pelajar-Pelajar KV Kuala Selangor
Kolej Vokasional Kuala Selangor telah menghantar seramai 20 orang pelajar dan 5 orang guru ke ILP Selandar untuk mengikuti kursus Server Hardware Installation dan Server Software Installation yang telah berlangsung selama 2 hari.
Perhimpunan Pelajar Bersama Pengarah ILP Selandar
Amanat disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah, Ts. Dr. Hj. Sabri bin Zainuddin. Beliau mengingatkan para pelajar agar sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa dalam menimba ilmu serta pengalaman di sepanjang tempoh pengajian di ILP Selandar.
Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (NOU) Bersama Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin
Pengarah ILP Selandar Ts. Dr. Hj. Sabri Bin Zainuddin bersama Pengarah ILP Pedas, Pn.Shuhaila bt Samad telah menghadiri Majlis Menandatangani Nota Persefahaman (Notes Of Understanding) antara KV Datuk Seri Mohd Zin dengan ILP Selandar dan ILP Pedas.
Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Ukhwah ILP Selandar Kali Pertama Tahun 2022
Kelab Sukan & Ukhwah ILP Selandar, KSU telah mengadakan mesyuarat agung buat kali pertama bagi tahun 2022 dengan penyertaan semua kakitangan ILP Selandar.
Program Kempen Derma Darah
Satu Program Kempen Derma Darah anjuran ILP Selandar bersama Unit Tabung Darah, Hospital Melaka telah diadakan bertempat di Foyer Dewan Teknokrat, ILP Selandar.
Pertandingan Graffiti Bersempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MKP) 2022
Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Melaka (BKPNM) dengan kolaborasi bersama Kelab Rekreasi dan Kebajikan Pergigian (KESERI) telah mengadakan pertandingan graffiti bersempena dengan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian (MKP) 2022. ⁣
Lawatan Penanda Aras Dan Kursus Jangka Pendek Daripada KV Balik Pulau Di ILP Selandar
KV Balik Pulau telah mengadakan lawatan penanda aras dan menyertai kursus jangka pendek bagi kursus Develop Mobile Apps Prototypes Using Adobe XD dan Fundamental Of Programming yang telah dikelolakan oleh Jabatan IT.⁣
Lawatan Kerjaya Daripada Pelajar SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa Ke ILP Selandar
Seramai 40 pelajar SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa telah berkunjung ke ILP Selandar bagi mengadakan lawatan kerjaya untuk melihat dan mengenali latihan kemahiran TVET.⁣
Karnival Kerjaya Outreach Merdeka
Seramai 36 pelajar ILP Selandar telah menyertai program Mini Karnival Kerjaya Outreach Merdeka @ Machap Jaya anjuran Kementerian Sumber Manusia dan Perkeso. ⁣
Program Jelajah Outreach TVET 2022
Program Outreach Jelajah TVET ini diadakan bagi mempromosikan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kepada orang awam serta pelajar dengan pendekatan oleh pemimpin dan agensi kerajaan setempat.
Kursus Pemasangan Komputer Program Huffaz TVET
Peserta Huffaz daripada Madrasah Al-Qurra telah menjalani latihan TVET di ILP Selandar selama satu hari dengan mengikuti kursus pemasangan dan penyelenggaraan komputer
Majlis Perasmian Penutup Minggu Silaturahim (MSR) Sesi 2/2022
Pelajar baru ILP Selandar sesi 2/2022 telah berjaya menamatkan program MSR dengan jayanya selepas Majlis Perasmian Penutup MSR Sesi 2/2022
Perbincangan Kursus Huffaz TVET Sempena Program Outreach TVET Bersama Komuniti@ILP Selandar
ILP Selandar yang diwakili pegawai dari Unit CESS telah mengadakan perbincangan bersama Prof. Madya Haji Musa Bin Ahmad dan pegawai pengurusan Madrasah Al-Qurra'
Majlis Penyerahan Dewan Makan Institut Latihan Perindustrian Selandar
Mesyuarat Tapak Pembinaan Projek Naiktaraf dan Memulihara Struktur Fizikal berserta Majlis Penyerahan Dewan Makan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar.
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Jepun Ke ILP Selandar Dibawah Kendalian JICA
Lawatan sambil belajar Pelajar Jepun ke ILP Selandar dibawah kendalian JICA (Japanese International Coorperation Agency), Malaysia.
Mesyuarat Program Outreach Tvet Bersama Komuniti @ ILP Selandar
ILP Selandar bersama team promosi JPK telah mengadakan perbincangan bagi Program Outreach Tvet Bersama Komuniti@ILP Selandar.
Lawatan Kerja Penandarasan Latihan Kemahiran Bidang Teknologi Maklumat
ILP Selandar telah menerima kunjungan daripada IKBN Seri Iskandar yang diwakili pengarah dan beberapa pegawai IKBNSI (Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar) bagi Lawatan Kerja Penandarasan Latihan Kemahiran Bidang Teknologi Maklumat
Program Promosi "Jom Belajau di ILP Selandar"⁣
ILP Selandar telah mengadakan program promosi "Jom Belajau di ILP Selandar" pada 18-21 Julai 2022.
Majlis Konvokesyen Institut Latihan Perindustrian Selandar Tahun 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Konvokesyen Institut Latihan Perindustrian Selandar Tahun 2022
Promosi Pengambilan Pelajar Baru ILP Selandar Bagi Kemasukan Sesi 2/2022
Promosi pengambilan pelajar baru ILP Selandar bagi kemasukan sesi 2/2022 telah dilaksanakan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM di sekolah menengah sekitar negeri Melaka
Worldskills Malaysia Belia (WSMB) Tahun 2022
Satu Pertandingan “Worldskills Malaysia Belia (WSMB) Tahun 2022" telah berlangsung di Fakulti Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (FTMK) UTEM MELAKA.⁣
Program Promosi Gerak Gempur 2.0 ILP Selandar⁣
ILP Selandar telah mengadakan Program Gerak Gempur 2.0 bagi mempromosikan pengambilan pelajar baru ke ILP Selandar bagi sesi kemasukan 2/2022.
Lawatan TNB Research Bagi Membincangkan Projek Real-Time Energy Management System (EMS) di ILP Selandar⁣
TNB Research Sdn Bhd telah mengadakan lawatan ke ILP Selandar bagi membincangkan Projek Real-Time Energy Management System (EMS) yang akan dilaksanakan di ILP Selandar.⁣
Program Training Of Trainers (TOT) Skuad Antidadah Negeri Melaka
Pada 21 Mei 2022 hari sabtu yang lepas, pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Jasin telah mengadakan satu program Training Of Trainer (TOT) SKUAD Antidadah Negeri Melaka dikalangan pelajar-pelajar Institut Latihan Perindustrian Selandar.
Kunjungan Hormat Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Ke Istana Melaka
Menjunjung kasih TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam ,Yang di-Pertua Negeri Melaka atas kesudian Tun menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBrs. En. Shakib bin Ahmad Syakir.
Kunjungan Hormat Dan Perbincangan Draf Memorandum Kerjasama antara ILP Selandar dengan UNIMEL
Satu program kunjungan hormat dan perbincangan draf memorandum kerjasama antara ILP Selandar dengan UNIMEL telah berlangsung bertempat di Institut Latihan Perindustrian Selandar pada 20 Mei 2022.
Majlis Sambutan Aidilfitri ILP Selandar 2022
Pada 19 Mei 2022 bersamaan 18 Syawal 1443 Hijrah, telah diadakan Majlis Sambutan Aidilfitri Institut Latihan Perindustrian Selandar...
Kunjungan Hormat Ke Istana Melaka
Pengarah Institut Latihan Perindustrian Selandar (ILPS), Ts. Dr. Haji Sabri bin Zainuddin mengadakan kunjungan hormat ke Istana Melaka pada 13 April 2022 bersamaan 11 Ramadhan 1443H.
Taklimat Keselamatan Kebakaran - Jabatan Bomba
Unit Kecemasan Keselamatan dan Pengungsian Bangunan (UKKPB), ILP Selandar telah menganjurkan satu taklimat berkaitan keselamatan kebakaran di Auditorium Iltizam, ILP Selandar
Majlis Perhimpunan Bulanan & Majlis Persaraan
22 Mac 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Kakitangan ILP Selandar telah diadakan di Auditorium Iltizam, ILP Selandar pada hari Selasa, 22 Mac 2022. Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Peneraju Pembangun. 
Lawatan Panel Pentauliahan -JPK
16 Mac 2022 – Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengadakan Lawatan Panel Pentauliahan di ILP Selandar pada hari ini bagi Pentauliahan Program bidang kemahiran Perkhidmatan Rangkaian Komputer
Kerjasama JICA - ILP Selandar
16 Mac 2022 – ILP Selandar menerima kunjungan hormat dari Penyelaras Sukarelawan, Japan International Cooperation Agency (JICA) iaitu iaitu En. Watanabe Makoto
Kerjasama bersama TM -Kursus Jangka Pendek
25 Januari 2022 – ILP Selandar dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Network Region Southern telah melaksanakan kursus jangka pendek Splicing & Testing Optical Fiber Optic (OFC) bertempat di Jabatan Teknologi Maklumat dengan sentuhan pengajar-pengajar berpengalaman iaitu Ts. Mohd Hairudin Bin Hassan dan Raja Azman Bin Raja Omar.
Audit KSM - SKPK
11 Januari 2022 – Unit Audit Dalam, Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan Penampilan Audit berdasarkan Sistem Kecemerlangan Pengurusan Kewangan (SKPK) di ILP Selandar pada 19 hingga 21 Januari 2022.
MSR Pelajar Baru secara Atas Talian
01 November 2021 – Sejajar dengan norma baharu, Institut Latihan Perindustrian Selandar, Melaka telah mengadakan Minggu Silaturrahim (MSR) 2/2021 Secara Atas Talian. Minggu Silaturrahim ini melibatkan pelajar Semester 1 sesi 2/2021 dan dirasmikan oleh Pengarah ILP Selandar, Ts. Dr. Hj. Sabri Bin Zainuddin. Program ini akan berlangsung selama seminggu bermula 1 November sehingga 5 November 2021.
Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf dan Memulihara Struktur Fizikal ILP Selandar
27 Oktober 2021 –Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf dan Memulihara Struktur Fizikal Institut Latihan Perindustrian Selandar (Fasa II – Bengkel B) telah diadakan
Program Industry4WRD - Kursus Programming with Python
06 Oktober 2021 – ILP Selandar telah menjalankan Kursus Programming with Python di bawah Program Industry4WRD bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di kal
Jalinan Industri - ILP Selandar
07 September 2021 – Penyerahan sumbangan PPE - Face Shield daripada Pengarah ILP Selandar, Ts. Dr. Hj. Sabri bin Zainuddin kepada Pengarah Urusan syarikat KS Industrial Tools Malaysia Sdn Bhd, En. Wong Pow Siong pada 7 September 2021 di samping perbincangan lanjut berkaitan usahasama persefahaman dalam kerjasama pintar antara kedua-dua agensi.
Team Inovasi ILPS raih Pingat Emas & Gangsa di I-RIA 2021
05 Julai 2021 – Tahniah diucapkan kepada Team Inovasi ILP Selandar kerana telah berjaya mendapat GOLD Award & Bronze Award dalam Innovative Research Invention & Application Exhibition 2021 anjuran Universiti Utara Malaysia pada 5 Julai 2021 yang telah diadakan secara atas talian. 
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Warga ILPS
13 Mei 2021 – Warga ILPS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua muslimin dan muslimat sempena 1 Syawal 1442 Hijrah. Sama-sama kita memerangi gejala Covid-19 dan menyahut seruan kerajaan dengan mematuhi SOP yang telah digariskan.
Penyampaian Watikah MPP 2021
Auditorium Iltizam ILPS - 04 Mei 2021 –  Satu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2/2021 telah diadakan pada hari ini di Dewan Auditorium Iltizam ILP Selandar. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah dilantik untuk menyandang jawatan MPP ILP Selandar bagi tahun 2021.
Bubur Lambuk sempena Ramadan Mubarak
Pusat Sumber, ILPS - 23 April 2021 –   ILP Selandar telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk sempena bulan Ramadhan Al - Mubarak pada hari ini, jam 9.00 pagi yang diketuai oleh Puan Azurin Ayu Kamaruzaman dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Pengarah, Ts Hj Sabri Zainuddin bersama semua kakitangan ILP Selandar.