Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

ADTEC JTM KAMPUS SELNADAR DI KARNIVAL TVET NEGERI MELAKA 2026

10-12 Julai 2026 - ADTEC JTM Kampus Selandar telah menyertai Karnival TVET Negeri Melaka 2026 yang berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2026 bertempat di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Penyertaan ini melibatkan barisan pengajar dan pelajar sebagai usaha memperkenalkan pendidikan serta latihan TVET kepada masyarakat.

Sepanjang program, para pengajar dan pelajar berpeluang menyertai pelbagai aktiviti seperti pameran kerjaya, pameran interaktif, bengkel kemahiran, konvensyen serta pertandingan TVET. Program ini turut menjadi platform terbaik untuk menambah pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan membina jaringan bersama institusi serta pemain industri.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Selandar dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan. Memacu Industri, Mencipta Kerjaya Masa Hadapan.


Slide