30 September 2026 - Satu Taklimat Perkongsian Kerjaya bersama CTRM Holdings Sdn. Bhd. telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Selandar baru-baru ini.
Sesi ini bertujuan memberikan pendedahan kepada pelatih berkaitan peluang kerjaya, laluan pembangunan kemahiran dan keperluan industri aeroangkasa, khususnya peluang kerjaya bersama CTRM.
Antara pengisian utama sesi ini adalah seperti berikut:
• Pengenalan dan peluang kerjaya di CTRM
• Perkongsian berkaitan keperluan kemahiran dan kompetensi industri
• Laluan latihan dan pembangunan kerjaya
• Potensi peluang pekerjaan dan penyerapan pelatih di CTRM
Sesi ini turut membuka ruang kepada potensi kerjasama antara ADTEC JTM Kampus Selandar dan CTRM Holdings Sdn. Bhd. dalam menyediakan laluan kerjaya kepada pelatih, khususnya pelatih Huffaz, dalam industri aeroangkasa.
Secara keseluruhannya, sesi perkongsian telah berjalan dengan lancar dan memberikan input serta pendedahan yang bermanfaat berkaitan peluang kerjaya dalam industri aeroangkasa.