BERITA & AKTIVITI

BENGKEL & PERTANDINGAN ROBOTIK PROGRAM CUTI SEKOLAH

 

30 Mei 2025 - Meniti kemodenan revolusi industri 4.0, pengenalan kepada teknologi mekatronik semakin giat dijalankan. Antaranya termasuklah bengkel robotik yang kian mendapat tempat dalam dunia ceria kanak-kanak.

Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Bengkel dan Pertandingan Robotik, telah dianjurkan satu program bengkel robotik bertempat di ADTEC JTM Kampus Selandar bagi mengisi cuti persekolahan kanak-kanak dengan program yang bermanfaat.

Kanak-kanak turut didedahkan dengan penggunan perisisan Lego WeDo 2.0 di mana robot yang dibina menggabungkan konsep cantuman blok lego bersama perisian robotik bagi menggerakkan robot tersebut dengan fungsi-fungsi tertentu.

Tahniah diucapkan buat pasukan Kidszonerobotics atas perkongsian kemahiran dan informasi dalam menghubung kait kemahiran STEM dengan kehidupan kanak-kanak yang penuh warna.

Slide