BERITA & AKTIVITI

MESYUARAT PENGURUSAN LATIHAN KEMAHIRAN WILAYAH SELATAN BIL 1/2024

 

30 Julai 2024 – Pada tarikh 24 Julai 2024 yang lepas, telah diadakan satu Mesyuarat Pengurusan Latihan Kemahiran Wilayah Selatan Bil 1/2024, pada jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat ILP Selandar, Melaka.
 
Semua ahli pengurusan yang terlibat telah hadir untuk membincangkan perkembangan terkini serta langkah-langkah untuk meningkatkan lagi mutu latihan kemahiran di wilayah selatan ini.
 
Keputusan-keputusan penting juga telah dibuat bagi memastikan kesinambungan dan peningkatan dalam penyediaan latihan kemahiran dapat dilaksanakan pada masa hadapan. Semoga hasil daripada mesyuarat ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan kemahiran di Wilayah Selatan.
Slide