Ticker Kotak + Masa + Permohonan
Memuatkan…
PERMOHONAN ONLINE

BERITA & AKTIVITI

HUFFAZ TEKNOKRAT: PENERAJU BANGSA MALAYSIA MADANI

11 Ogos 2026 - Berlangsungnya Bengkel Bangsa Malaysia anjuran Pusat KOMAS Malaysia bertempat di Auditorium Iltizam, Kolej Teknologi Termaju Jabatan Tenaga Manusia (ADTEC JTM) Kampus Selandar.

Bengkel interaktif ini berjaya menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan para huffaz teknokrat. Lebih daripada sekadar ilmu, sesi ini membakar azam untuk sentiasa menghormati kepelbagaian budaya, menolak sentimen perkauman, dan terus bersatu hati demi tanah air tercinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan penceramah dan panel hebat:
✨ Encik Jerald Joseph (Pengarah Pusat KOMAS)
✨ Encik Adam bin Idris
✨ Encik Yogavelan Balamurli
✨ Cik Nurul Afrina binti Rosli
✨ Puan Faribel Maglin Fernandez

Terima kasih atas perkongsian padu dan aktiviti yang sangat berimpak! Semoga ilmu yang diperoleh membina modal insan Huffaz Teknokrat yang berjiwa patriotik, inklusif, dan beridentiti MADANI.

Slide