BERITA & AKTIVITI

PERTANDINGAN KREATIVITI DAN INOVASI (CITEC) 2025

 

13 Februari 2025 – Syabas dan tahniah buat ADTEC Selandar yang telah menyertai Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) Tahun 2025 bertempat di ADTEC Jerantut, Pahang.
 
Membawa projek inovasi “CENTRELIZED TEMPERATURE AND HUMIDITY MONITORING SYSTEM FOR SERVER RACK (CTeHMS)”, sistem ini direka bertujuan untuk memantau suhu dan kelembapan berpusat secara “Real Time” yang dilihat mampu mencegah sebarang kegagalan kawalan operasi di dalam sesebuah bilik server.
 
Majlis Penganugerahan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Tahniah atas anugerah pingat perak yang telah dirangkul oleh pasukan ADTEC Selandar.
 
Semoga kejayaan ini menjadi aspirasi kepada semua warga ILJTM khususnya ADTEC Selandar dalam mempelbagaikan inovasi yang memberi manfaat dalam bidang kemahiran sejagat.
Slide